Saturday, April 7, 2012

pengenalan usrah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

assalamaulaikum pembuka bicara,
salam dihulur mendoakan semua,
kasih tercipta antara kita,
itulah ia ikatan aqidah bersama

fuh...siap bermadah pulak ya...hehehe....biasa, aku ni suka sngat bermadah pantun...
hari ini (7 april 2012) bersamaan 8.00 mlam, aku tiba di kampus universiti malaysia kelantan pangkalan chepa setelah mengikuti program yang bertajuk "kem penghayatan islam"

kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di machang...apsal pula bunyi macm formal ni...hehehe...ikut jew la ya..honestly, aku x tau pun sapa yang handle program ni, dengar2 kami punya YDP jt..dibawah anjuran dari pihak luar NGO luar...aku x tau juga nama NGO yang terlibat dalam program ni...ni kes main ikut jew...x tau apa2 pun...

masa tiba kat sana terus program start (11.00 a.m ; 6hb 4), santapan rohani pertama kami ada la ceramah...nak tahu tentang apa???

first, kami punya penyampai adalah akh ibad..asal usul dy aku x berapa dengaq...x kisah la dy siapa tp yang penting ilmu itu,,,ehhh...mana bisa mcm itu, kalau tiada title mana org nak dengar kan. tp nak buat mcm mn,,,aku x berapa dengar dy ni siapa..dan paling jujrnya. aku lupa meskipun pengerusi majlis ada bgtau...mfkan ek...

ceramah pertama adalah tentang usrah...
apa itu usrah??...dari ceruk planet mana usrah ini muncul??...siapa yang bawa usrah ni??...kenapa nak masuk usrah???....dan apa pentingnya usrah ini??....nah, persoalan2 yang sangat menampar iman mukmin...kedengaran memang pedas bag insan yang sudah memahami apa itu usrah....tp pada insan yang masih jahil atau tidak tahu apa2 tentang usrah, wajarlah mereka mempersoalkannya kan....

aku tidak mahulah tulis ayat yang lengkap, perfect, dan memenuhi setiap huruf usrah ini, tapi aku lebih suka membicarakan tentang perkara yang aku fham sahaja...berbalik kepada usrah, umumnya, usrah secara kasarnya bermaksud keluarga....usrah itu dalam bhasa arab...melayunya adalah keluarga...keluarga??..satu organisasi dalam kehidupan setiap manusia, tempat di mana kita berteduh, share masalah, hatta tempat berkasih sayang antara adik, kakak, abang, mak ayah dan pakcik makcik kita. akan tetapi, apa pulak maksud usrah disudut agama kita sendiri??

dari sudut agama, ia tidak jauh berbeza dengan sudut organisasi keluarga...persis juga la...tp konteksnya sangat luas, x terbatas...no limited edition org katakan....

apabila dipandang dari sudut agama, usrah ini adalah satu medan yang mana kita bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina d atas semangat ukhuwah islamiyyah. ia juga merupakan medium pendidikan yang bukan sahaja melahirkan golongan2 yang berfikir malah jua golongan yang 'amilin..'amilin di sini bermaksud pekerja kepada majikan kita...siapa itu majikan kita??...x lain x bukan adalah Allah SWT..yang telah menciptakan, memelihara serta menjaga kita...

maksudnya disini, ia bukan hanya fokus pada org yang fikrah islam (alim 'ulama) sepenuhnya, malah fokus kepada semua golongan sama ada ia mukmin atau muslim sahaja....dan mereka inilah yang ingin dilahirkan dalam satu usrah yang mana dapat menjana tenaga untuk ummah sekalian....

dari mana usrah ini datang??
ya, soalan wajib...usrah telah lama diamalkan, beribu2 tahun yang lalu iaitu pada zaman nabi Muhammad SAW lagi...baginda menggunakan konsep usrah ini untuk mengikat hati2 insan dengan kasih dan cinta kepada Allah...yang mana adalah hanya untuk mendapatkan redhaNya....

untuk menjayakan usrah ini, wajiblah kita untuk tahu rukun2 usrah???

ia terbahagi kepada tiga, yang mana yang pertama adalah ta'aruf....ta'aruf ini membawa maksud berkenal-kenalan, saling mengetahui antara sahabt dengan sahabat yang lain...apa yang perlu kita tahu??
nah, inilah soalan bonus yang kadang2 nak jawab ke x...ya, sudah tentulah kita nak tahu nama pemilik tubuh tersebut, asal mana kah dia??, apakah yang dia x suka....alaahh...yang macam selalu kita buat kat sekolah dulu, mintak biodata2 kawan ka,,,,hah, macam 2la..., dari situ, kita tahu apa yang sahabat kita suka ka x suka, apa yang mereka minat ka x minat dan so on....boleh perasan x, dengan benda yang kita tahu pasal dorg, secara tidak langsung, kita da dapat kenal dorg, kita boleh tahu kehidupan mereka, dari situ juga, kita boleh memahami mereka...nah dari sini, timbullah istilah 'tafahum'

tafahum rukun yang ke-2 ini maksudnya memahami...jadi betul la kan, bila kita da kenal teman kita 2, kita boleh fahami diri nya...dari situ, kita akan sentiasa berwaspada bila berhadapan dengan dorg...seboleh2 nya, kita x mau kata2 kita 2 menyakitkan hati dorg...sakit hati jadilah penyakit hati...ni yang kena elak ni...seterusnya, apabila mereka dalam keadaan sedih, jangan lah pulak kita pegi ketawa kan, nah tambah parah la jadinya nnt 2...kita ikut bersdih juga dengan keadaannya...kalau boleh, kta bertanya secara berhikmah pada dirinya...barulah dy akan lebih selesa dengan kita...jadi, tmbullah keyakinan dan percaya dalam diri sahabat itu bilamana kita mencuba untuk mengambil berat tentang dirinya....dengan masalah yang dy hadapi, seboleh2nya kita bantu setakat yang kita mmpu....

rukun terakhir adalah tafakul, iaitu saling membantu...yang ini aku x perlu nak hurai panjang2 la kan sebab aku da tertulis kat atas 2....apabilah complete ketiga-tiga rukun ini, barulah usrah kita juga complete dan begitulah sebaliknya...

jadi, bersama2 kita mengamalkn ajaran Rasulullah agar kelak di akhirat kita mendapat syafaat baginda SAW...insyaAllah...amin

ini baru pengenalan usrah, banyak lagi yang berlu di bahas dan dihujahkan, tp setakat ini sahaja untuk kali ini...insyaALLAH...pada ms akan datang, akan ada lagi topik yang lain...biarlah kita menghabiskan masa untuk ilmu yang sama asalkan ia berkenaan akhirat....

aku tertarik dengan kata-kata ini :

"apabila perbuatan yang dilakukan didunia ini kita niatkan untuk akhirat, kita akan memperoleh satu pahala, akan tetapi, apabila kita melakukan perbuatan akhirat tetapi niat untuk dunia, maka tiadalah pahala yang diperoleh"

akhir kalam..yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari ALLAH juga tetapi disandarkan atas kelemaha aku ni...wassalam...


jumpa lagi di slot akan datang, insyaAllah....


























No comments:

Post a Comment