BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
assalamualaikum
syukur kita ke hadrat Allah SWT kerna limpahan iman dan rahmatnya untuk kita yang masih
bernafas di bumi ciptaanNya ini...
tiada yang lebih berhak mendapat setinggi-tinggi pujian melainkan Allah...
tiada kata-kata yang indah diucapkan melainkan tasbih zikrullah kepadaNya....
selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar nabi Muhammad SAW...
semoga kita akan memperoleh syafaat baginda diakhirat sana...
luahan kali ini sangat sensitif aku rasakan kerana ia melibatkan keluarga aku sendiri...
semoga apa yang terzahir ini daripada lubuk hatiku yang sangat dalam...
aku mungkin idak akan dapat cerita seandainya ia tiada kaitan dengan diriku
ataupun
aku tidak alaminya sendiri....
aku dilahirkan di suatu kawasan pendalaman yang sangat jauh dari bandar...
memiliki ramai adik beradik dan aku yang ke-4 bongsu dari 12 org adik beradik...
lebih senang adalah anak ke-9 kan....
memandangkan kami ada ramai adik beradik...dan pada masa itu, kewangan keluarga
sangat tidak stabil...aku masih ingat lagi masa aku sekolah tadika...
dengan akak dan abg yang masih sekolah menengah dan ada juga yang masih sekolah rendah...
mak ayah bertungkus lumus bekerja demi menyara kami semua adik beradik...
demi untuk menyekolahkan kami...
mak tidak kisah masa itu dia mengandung..dan aku masih ingat lagi masa itu kandungan mak sudah hampir masuk bulan ke-9....tapi mak masih juga nak bekerja...cuba bayangkan kerja orang dikampung dulu...
lebih2 lagi di kawasan pendalaman...
mereka hanya dapat mencari duit sara diri hanya dengan memungut biji kepala sawit
kumpulkannya untuk dibawah ke kilang....
pernah juga mak menggendong pam racun untuk racun serangga2 yang mahu merosakkan pokok kelapa sawit...beratnya bha pam 2...mak juga pernah mengangkat baja...untuk membaja pulak pokok2 kelapa sawit yang baru di tanam....aku sungguh masih ingat paeristiwa ini sebab aku pernah alami sendiri...
pada usia kecil...aku bersyukur, aku dapat mengalami apa yang mak aku alami
kenapa mak saja yang aku cerita, sebab masa itu bapa bukan bersama kami...
bapa kerja ditempat lain untuk bantu mak mencari duit...
bapa keluar ke tempat lain untuk mencari rezeki agar anak2 nya boleh belajar..
boleh menikmati hidup yang lebih baik,,,,
honestly, masa aku kecil...aku jarang bersama bapa ku..
aku tidak pasti masa aku lahir, adakah bapa yang mengazankan di telinga aku ini...
sungguh hanya Allah yang tahu...
aku bukan nak salah kan beliau bila beliau tidak berbuat demikian...mungkin Allah yang bisa menjawab pertanyaan ku ini....
cumanya, masa aku mula belajar, bapa yang selalu berada di sampingku...
bapa yang selalu bersama-sama aku, temankan aku mengulangkaji pelajaran....
bapa jarang sekali datang ke rumah sebab tempat kerja beliau sangat jauh dari rumah kami di semporna ini....aku juga pernah dengar cerita yang bapa tidak boleh masuk semula ke kampung 2
sebabnya bapa bukan kerja di situ...cerita sebenar aku tidak tahu...
tapi selalu juga bapa pulang tiada pula yang komen ka apa....
boleh dikatakan aku lebih rapat dengan bapa ku berbanding dengan mak aku,,,masa kecil
aku selalu pergi tempat kerja bapaku...tinggal sama2 beliau...aku sungguh gembira bila bersama dengan dia....tempat kerja bapaku 2, biarpun dalam pendalaman juga, tp situasinya berbeza dengan kampung kelahiran ku itu....best la....tidak tahu mau kata mcm mana...
tapi
aku akan sentiasa merindukan kampung halamanku itu...
segala zaman kanak-kanakku aku habiskan di situ....
dengan bermain di sungai...cuci kain di sungai sama2 kawan bila air tiada dirumah....
sungguh manis kenangan itu....
tapi sungguh malang bila aku tidak dapat ingat apa kenanganku dengan adik beradik ku
sungguh, kalau ada pun, aku hanya dapat ingat 1 atau 2 kenangan saja...
aku tidak tahu samada ini hanya perasaan ku saja atau lain...
dari kecil, aku sememangnya tidak rapat dengan mereka...aku tidak dapat ingat
bila kah masanya kami bergelak ketawa bersama...
sungguh,,
aku tidak dapat mengingatinya...astagfirullah....
nampak sangat ketidak rapatnya hubungan kami...
sampailah tahap aku kini...
seorang mahasiswa di satu institusi pembelajaran paling tinggi....
aku mungkin tidak macam org lain, yang keluarga mereka itu dari kecil sudah di didik dengan panggilan akak atau abg, atau along dan sebagainya...tapi dalam keluarga aku, kami lebih selesa hanya dengan memanggil nama sahaja...itulah panggilan kami dari kecil sehinggalah dewasa kini...
aku tidak rapat dengan adik beradik aku sepertimana aku rapat dengan kawan2 aku di sini...
aku tidak ceritakan masalah ku atau luahan hati ku pada mereka
macam aku buat dengan kawan2 ku....
dan aku tidak tahu adakah aku perlu memberitahu mereka
eya....
aku tidak tahu nak mulakan dengan apa...aku, bila pulang rumah..aku lebih selesa duduk dalam bilik sahaja sambil menghadap laptop....
ataupun kalau bersama mereka di ruang tamu, aku hanya diam....
aku tiada apa yang perlu di bicarakan...lidahku jadi kelu....
aku tidak tahu sampai bila aku mcm ni...
aku dengan kakak2 aku seperti tiada keserasian...
lagi2 bila aku sudah berpakaian mcm yang sekarang ini...
tambah2 lagi fikrahku sekarang ini opposite dengan mereka....aku nak tegur, takut tguran ku itu salah...tidak kena pada tempatnya....bila aku bercakap pasal agama di rumah hatta sebaris ayat pun, aku tidak mampu..
sebab apa??...sebab aku tidak rapat dengan mereka
aku tidak tahu di hati mereka itu ada apa...
apa kehendak mereka...apa yang mereka tidak suka...mcm mana perangai mereka sebenarnya....
jahilnya aku dalam mengenal keluarga aku sendiri...aku sedih bila mengenangkan mereka aku yang jauh dari islam....nak amalkan islam itu tengok pula pada keadaan....ALLAHU AKHBAR....
sungguh, tiada kekuatan untuk aku mengajak mereka....
cuma, aku hanya bisa mendoakan mereka agar cahaya islam itu dapat menembusi hati meraka....
maafkan aku sebab tidak dapat menjadi adik dan kakak yang terbaik buat kalian....
itu sahaja untuk kali ini...
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh