wahai temanku...
maaf ku pinta andai sepanjang persahabatan kita
aq telah banyak melukakan perasaanmu
mencalar jiwamu...
menyakiti hatimu
sungguh...
aku tidak menyedari semua itu...
hanya memek muka yang kau pamerkan
aku tahu aku ada melakukan salah padamu
temanku....
tidak pernah aku menjumpai insan sebaikmu
yang setiap masa amil berat akanku
kekadang aku menangis sendiri kerana terharu
dengan sifatmu itu
tapi...
kepahitan yang kau sembunyikan
sungguh sukar untuk aku memahami dirimu yang sebenar
sahabatku...
mengenalimu adalah satu rahmat dari Allah
aku selalu berasa kuat berada disampingmu
kerna dirimu tidak pernah lelah
mengingatkan aq tentang Allah
dirimu sentiasa sabar melayan kerenah
keanak-anakan ku....
sifatmu ini yang membuatkan hidupku sudah tidak
bersendirian lagi
dirimu telah menjadi sebahagian dalam diriku
kerna engkau sentiasa berada disampingku
kala aku sedih mahupun gembira
segala2nya kita kongsi bersama
namun...
kini...ia hanya tinggal kenangan
kita telah berpisah dalam mengejar cita-cita
tapi percayalah
ingatan padamu sentiasa kukuh dalam fikiranku buat selamanya
aku akan selalu ingat nasihatmu
akan aku jadikan ia sebagai panduanku
menuju redha Allah
.....moga dirimu jua kuat sahabatku...
No comments:
Post a Comment