Tuesday, November 29, 2011

dakwah solat


Dakwah Solat
www.iluvislam.com
Oleh : Syazwani Abd Rahim
Editor: Isyrak

Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.
Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.


Saturday, November 26, 2011

ku sedari kekuasanMu ya Rahman



Alhamdulillah..

Allah masih panjangkan umurku hari ini 
masih beri lagi peluang untuk aku hidup menjadi khalifah di bumi ini....menjadi da'ie yang sentiasa ingin mengajak saudara2 ku kepada kebaikan sebolehnya
kadang-kadang...aku terfkir sendiri...bagaimana keindahan yang berlaku di dunia ini silih berganti...
matahari terbit di waktu pagi...ia terbenam plak di waktu petang...
warna pancaran matahri pada dua selang waktu ini memancarkan warna yang cukup indah
memancarkan ketenangan jua pada insan yang melihatnya
sungguh...
keindahan ini adalah tanda kekuasaan Allah
benarlah apa yang Allah nyatakan dalam al-quran surah fusshilat ayat 37

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari maupun bulan, tapi sembahlah Allah Yang menciptakannya, Jika Ialah yang kamu hendak sembah."

ini lah tanda kekuasaan Allah...
bukan setakat ini sahaja
lihatlah pada malam dan siang itu sendiri
siang tidak akan dapt mendahului malam...matahari tidak akan bisa mendapatkan bulan
seperti yang telah dinyatakan dalam surah yaasin 36:40

"Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya".

tidak tekira kurniaan rahmat yang Allah berikan kepada makhluk sekalian alam
tidak terhitung berapa banyak lautan yang dijadikan tinta untuk menulis ayat2 Allah...

"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". 
(al-kahfi 18:109)

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah . Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" 
(al-luqman 31:27).

sungguh banyak lagi kekuasaan Allah yang tersurat, yang bisa dilihat oleh mata kasar manusia
inikan lagi yang tersirat...meskipun ilmu itu tersembunyi...namun disitulah perlunya penyelidikan...
penyelidikan untuk pengetahuan terhadap ciptaan Allah..untuk menambahkan rasa kehinaan dan kekerdilan lagi kepadaNya sebagai hambaNya...

namun...
apa yang dapat aku lihat hari ini
sungguh sedih dihati yang Allah saja tahu...kesedihan yang tidak tepancar 
meskipun ia semakin membuak didada

manusia generasi kini lebih suka memusnahkan keindahan milik Allah ini...
dengan attitude dan perangai yang berlandaskan nafsu semata-mata
manusia ini sentiasa mengeluh dengan dugaan yang dikurniakan kepada mereka
padahal dugaan itu adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka...

al-quran dan sunnah serta hadis nabi Rasulullah SAW sudah jau mereka tinggalkan
ia menjadi perhiasan berdebu di almari emas...kitab yang menjadi panduan bagi seluruh umat kini hanya menjadi tatapan tetamu yang datang...tidah disentuh hatta seinci pun

mengapa begitu??

aku tidak boleh salahkan siapa2 dalam hal ini
hatta sudah jelas siapa yang bersalah
biarlah Allah yang menjadi hakimnya kerna Allah adalah sebaik2 hakim

aku hanya bisa katakan bahwa perubahan itu tidak akan berlaku pada si empunya selagi dia tidak merubah dirinya sendiri

".......sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu ni'mat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri , dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 
(al-anfaal 8:53)

sungguh...
hidayah itu milik Allah...Allah saja yang punyai kuasa untuk menentukan hamba-hambaNya
untuk memperoleh hidayah itu atau tidak...

justeru...
bagi diriku yang sedia muslim...
jujur...islam dalam diri aku terlalu sedikit...iman yang aku perolehi ini hanyalah setebal kulit bawang
aku sedar..dugaan yang aku hadapi ini adalah hanya kecil saja pada pandangan Allah...
lantas dimankah dugaan yang besar itu
dugaan itu adalah NAFSU aku sendiri
ini sebesar-besar dugaan yang perlu aku tangani...
NAFSU yang mendahului akal roh...akan membawa aku kepada kehancuran
aku menbiarkan  NAFSU bermain dalam dada yang penuh dengan bintik noda dosa-dosaku yang semalam
mcm mna pada masa akan datang
adakah keinsfan dalam diriku ini...

eya...aku akui kekuasaan Allah...aku kagumi ciptaanNya
aku bangga dan bersyukur menjadi umat Muhammad SAW...menjadi hamba Allah yang agung
tapi lihatlah diriku ini ya Allah...adakah rasa cintaku pada Mu dan RasulMu
melebihi segala-galanya...
sanggupkah diriku ini melepaskan segala-gala yang aku peroleh kini untuk membuktikan cintaku
duit yang aku peroleh ini hanya untuk memuaskan nafsuku
ia berjaya membuatku lalai...

namun
ya Allah...aku hanya perlukan keredhaanMu
terhadap aku dan keluargaku serta siapa saja berada bersama denganku
lindungilah kami dibawah lembayung rahmatMu
berikan kami kesempatan lagi untuk terus bertaubat dengan dosa yang kami lakukan
agar kami bisa berada dihadapanMu dengan nikmat keredhaanMu ini...

ampunilah hamba-hambaMu yang berada diluar sana...
berikan masa untuk mereka melakukan taubat nasuha untukMu
agar ada jawapan untuk mereka bila berhadapan dengan malaikat maut kelak

sungguh Engkau telah menjadikan kami sebaik-baik makhluk...maka akhiri la hayat kami didunia ini dengan kunci kalimah syahadahMu...untuk kami memasuki gerbang syurgaMu
jua sentiasa merindui syahid dijalanMu agar kami sentiasa bersama dengan orang-orang yang beriman



"Dan barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni'mat oleh Allah, yaitu : Nabi-nabi, para shiddiiqiin , orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya"(an-nisaa' 4:69)

wallahu'alam



Saturday, November 19, 2011

kegagalanmu ada hikmahnya

hari ni ada ujian ekonomi yang kedua..semalam punyalah stdy smpai jam 2..
tapi apa yang d belajar semalam x plak kluar pper tdi..
punya la aq frust ni...mcm mn aq bole x tengok sal bab 5 ni...aq x ambil perhatian kat c2...
abs tinggal kosong..aduhhh...sdih yang teramat sgt
x tau da nak buat mcm mn bila x tau da apa2...
pas tu aq dan kawan2 p beli makanan...punya la gelak sbb nak ubat kecewa ni
tapi sampai di bilik jak..Allah jak tahu mcm mn rsa sebak didada ni..
x bole nak than da....buka fb...msej kwan...
kat dya la d lepaskan semua...
da la ptg ni ada test keusahawanan...
tapi...redha dan tawakkal dengan apa yang telah berlaku...
aku sda usaha..itu jak usahaku setakat ini la...
nasihatnya...usaha lagi..ni baru permulaan...
ya...aku akan berusaha...tiada basic bukan tandanya aq x boleh kan
2 banyak kwan seklas ku dulu ambik eko...
tgok2 dorg tip top dalam klas...ranking pertama lagi...
setiap kegagalan yang tercipta tapi dengan usaha yang gigih adalah yang terbaik
daripada kejayaan yang di kecapi tp ats usaha org lain...

sematkan dalam jiwa
kejayaan seorang muslim bukan terletak pada revenuenya
tapi ternilai pada prosedure menuju kejayaan 2...
apa2 pun...buat yg terbaik pas ni...
jangan kecew kerna kkecewaan itu adalah penyakit hati
banyakkan berserah pada Allah...tenangkan jiwa dan hati
kelak bahagia akan sedia tercipta untukmu...

ameen ya Rabb...

Saturday, November 12, 2011

maafkan ku teman






wahai temanku...
maaf ku pinta andai sepanjang persahabatan kita
aq telah banyak melukakan perasaanmu
mencalar jiwamu...
menyakiti hatimu

sungguh...
aku tidak menyedari semua itu...
hanya memek muka yang kau pamerkan
aku tahu aku ada melakukan salah padamu

temanku....
tidak pernah aku menjumpai insan sebaikmu
yang setiap masa amil berat akanku
kekadang aku menangis sendiri kerana terharu
dengan sifatmu itu

tapi...
kepahitan yang kau sembunyikan 
sungguh sukar untuk aku memahami dirimu yang sebenar

sahabatku...
mengenalimu adalah satu rahmat dari Allah
aku selalu berasa kuat berada disampingmu
kerna dirimu tidak pernah lelah 
mengingatkan aq tentang Allah

dirimu sentiasa sabar melayan kerenah
keanak-anakan ku....
sifatmu ini yang membuatkan hidupku sudah tidak 
bersendirian lagi

dirimu telah menjadi sebahagian dalam diriku
kerna engkau sentiasa berada disampingku
kala aku sedih mahupun gembira
segala2nya kita kongsi bersama

namun...
kini...ia hanya tinggal kenangan
kita telah berpisah dalam mengejar cita-cita
tapi percayalah
ingatan padamu sentiasa kukuh dalam fikiranku buat selamanya
aku akan selalu ingat nasihatmu
akan aku jadikan ia sebagai panduanku
menuju redha Allah

.....moga dirimu jua kuat sahabatku...
......sayang padamu kerana Allah....

Allah...maafkan aku

"lia, dah la 2...jangan menangis....mata kau akan skit nnt....mesti pdih sudah kau rasa ni...xda gunanya kau menangis sbb sorg lelaki..." nasihatku pada lia
baru aku tahu yang dia nangis sbb insan yang bergelar llki
dari tadi aq hanya menjadi pendengar setia pada tangisan lia
x pernah dalam hidup kami bersahabat dya menangis sedemikian rupa
"aq x nangis sbb dia mira, aq rasa berdosa sngat pada Allah...aq meletakkan perasaan cintaku hanya untuk dia...aq x pernah merasa bahgia bila aq mohon doa padanya...sebaliknya aq akan tersenyum bila aq dpat msej dr dya..."  katanya dalam sedu
"cuba kau cerita betul2 kat aq apa yang jadi sebenarnya antara kamu ni?"
"dia sekarang da berubah, x sama mcm dulu..dulu dya selalu msej aq...sekarang..." beritahu lia
ayatnya terhenti di situ...
"lia syg, sifat manusia sememangnya mcm ni...berubah2...mcm air lautan juga...kadang2 ia pasang..kadang2 ia surut...kena faham..khidupan kita x semestinya akn trus pada tahap yang tenang..pasti ada geloranya...
ditambah lagi iman kita yang seperti roda...kadang2 ia di atas...dan ada masanya ia akan di bawah...
ingat x aq pernah gtau kau sesuatu pasal lautan" gtau ku pada lia
nampaknya tangisannya da muda reda namun matanya nmpak bengkak sbb nangis terlalu lama
lia seperti berfikir dan akhirnya tersenyum...nmpak sangat senyumnya kelat
ku usap tangannya yang lembut itu....
"hidup ini ibarat lautan....ombak itu ibarat dugaan...kapal layar itu ibarat manusia....apabila tiada ombak...pasti kapal layar akan dapat dikemudi dengan tenang...iman iaitu penggemudi kapal akan berada pada tahap yang mendatar saja...dan bila adanya ombak...di situ la dapat dilihat kemahiran penggemudi kapal dalam melawan arus ombak...samaada ia kuat atau pun lemah...bila penggemudi kapal tidak berusaha melawan ombak...sudah pasti kapal akan karam di dasar lautan....jadi dalam kita melayar bahtera...mustahil tiada ombak yang akan memukul kapal...tanpa ombak...penggemudi xkan dapat tingkatkan kemahirannya...tanpa dugaan...kita xkan dapt rasakan manisnya kehidupan...
jadi...lia.itula kehidupan...
apa yang kau hadapi sekarang ini adalah ujian dalam hubungan yang kau sendiri jalinkan...aq bukan nak salahkan kamu dalam hal ini...lumrah manusia memang ingin disayang dan menyayangi...x dpat di nafikan...dan Allah juga yang berikan kita perasaan itu...tp Allah x berikan kta perasaan itu melainkan hanya untuk kita menyayangiNya disamping meraih redhaNya
tapi apa yang aq dapat tengok dlam diri kau...kau terlalu ikut perasaan...kau x bole terima yang dia berubah...dia baru berubah skit...
lia...niat kita untuk syg org x semuanya menghalalkan cara kita...mmg kita ingin mendapat redha Allah..tp cuba lihat cara kita ingin capai matlamat tu....btulkah apa yang kita lakukan???....soalku
aq nmpak lia seperti menghayal...
kubacakan lia satu ayat alquran dari surah al isra ayat 32 yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
"zina yang dilakukan tidak semestinya hubungan seksual sahaja...hatta kita ingat dia pun boleh di katakan zina...kita msej dya pun...di katakan zina..."
"jadi...mohon hindarlah perbuatan itu...kalau kamu memang sudah sedia untuk jalinkan yang lebih serius..
"serahkan hanya pada Allah..jodoh kita Allah da tetapkan...
"jangan buang air mata semata2 sbb menyesal dengan sikap manusia
"tapi nangislah sebab sudah terlanjur berbuat dosa pada Allah...
"ingat..Allah maha Pengampun....biar berbuih2 dosa yang kita lakukan Allah pasti akan melihat dan insyaAllah akn menerima taubat nasuha kita..yakin pada Allah...
"aq mau kau ingat 1 perkara...biar tiada org syg dan cinta kita...tapi Allah dan RasulNya akan setia menjadi kekasih kita yang abadi..."
aq berhenti berhujah sedari tadi aq seperti bercakap dengan patung...
ku sentuh bahunya...nmpak senyumannya di situ...
"naa...mcm 2 la...x elok la monyok2 ni"sempat lagi aq bercanda...
senang nmpak lia kembali tersenyum...
aq kembali serius..matku tepat ke arah matanya
"tapi bila masa kau boleh ngan dia ni?? aq x tahu pun.." soalku dengan nada bergurau...
jujur...aq x tahu menahu ttg hbungan dorg...mmg lia pandai smpan rahsia...tp x bole nak sembunyi msalahnya ngan aq...
aq pun terkjut bila tiba2 dya dtang p dormku dengan linangan air mata yang deras sungguh....


cuma doaku..moga hbungan dorg ni akan smpai pada akad nikah...
moga kalian memperoleh rahmat dan redha Allah dunia akhirat
dan dri apa yang aq dpat mklumat dri lia...
mereka da bertunang pun...majlisnya hjung tahun...tp x tahu hujung tahun berapa...
hehehe..just wait & see...

adapatasi dari cerita yang sebenar tp ada perubahan  sikit...
selamat membaca...(^_^)


Friday, November 11, 2011

temukan kami pada cintaMu

"Ya Allah. andai aku jatuh cinta, jatuhkan cintaku ini pada insan yang melabuhkan cintanya hanya untukMu. jika aku rindu, jatuhkan rinduku ini pada insan yang merindui syahidMu. Ya Rahman, aq sungguh lemah menghadapi  ujian perasaan ini. mengapa sering kali aku menangis bila teringat akan 'dia'. mengapa aku tidak menangis kala aku berbuat dosa yang aku lakukan ini. ampunkan aku ya Allah, sungguh aku lemah dalam menghadapi situasi ini. ya Rahim, aku memohon keredhaanmu terhadap amal ibadatku selama ini. aku mohon jangan Engkau jatuhkan cintaku pada hambaMu yang tidak mengenal erti cinta sebenar. tanamkan rasa cintaku hanya untukMu dan rasulMu. sesungguhnya Engkaulah tempat sebaik2 aku mohon segala hajat. tempat aku meluahkan segala2 nya penderitaan jiwa yang aku alami ini...maafkan aku ya Allah...ampunkan aku..berikanlah aku kebaikan dan kesejahteraan dunia akhirat...dan jauhkanlah aku dari siksa api neraka...ameen..."

doa ku sentiasa diiringi air mata yang x henti2 mengalir mengenangkan nasib diri yang terasa begitu hina pada pandangan Sang Pencipta

setiap masa aku sentiasa mengimbas kembali apa yang telah dilakukan hari ini
sering kali air matanya menitis mengenangkan nasib diri yang terasa jauh sangat dari Allah...
insan sekecil dirinya yang sudah dihitbah oleh seorang kawannya sendiri seperti salah memilih jalan itu
seperti rasa bersalah menerima 'dia' dahulu.
sungguh aku menyesal akan diriku yang x pernah berfikir dalam mencari insan yang akan menjadi imamnya kelak...

"astaghfirullah, apa aq katanya...da lah nie...jangan mcm ni...kau seolah-olah menolak takdir Allah".aku bermonolog sendiri memberi nasihat pada diri
sesekali aku ada juga terdengar bisikan halus syaitan untuk memutuskan hbungan yang terjalin
segera aku mengingatkan diri.

"aq da janji pada dia, keluarga dia pun da kenal aq...mak bapa aq lagilah kenal kluarga dia.."
"setiap janji yang aq ucap kat dya akan menjadi pertanyaan diakhirat..aq x mau jadi sorg yang mungkir janji"
moga Allah meredhai niat ku ini

setiap masa, aq sbukkan diri dengan study...supaya x terlalu ingatkan dya
syukur juga dia bukan llki jenis yang suka mesej org
tapi kadang-kadang terlintas juga di fkiran..."dia ni x mau ambil kisah sal aq ka??"
dah la x pernah jumpa...tapi x mengapa...semua yang berlaku ada hikmahnya

dengan sibuknya stdy ni..aq sampai x ingat..da berapa lama kami x contact...
lagipun sepanjang tempoh itu...aq senang dengan perubahan yang berlaku pada diriku
aq tenang study...dengan khidupanku yang teratur mmbuatkan kwan2 ku sendiri rasa cmburu..
kenapa??...semua assingment da siap..markah kuiz da dpat...alhamdulillah...markah x dijangkakan akan dpat mcm ni meskipun itu kali pertama aq bljar subjek tersbut

hari2 aq lalui dengan tenang
pagi-pagi da setkan mind apa yang Allah akan lakukan pada aq hari ini...
pas solat subuh...bacaan ma'thurat x pernah x aq baca...
pasti menemani pagiku hari-hari...
zikir pada Allah satu ketenangan yang x semua orang boleh kecapi
amalan ku itu, aku buat secara istiqomah..
alhamdulillah...mutaba'ah yang aq buat sendiri sangat mmuaskan hatiku
aq seperti mendapat satu sinar harapan 
aq seperti dapat merasa manisnya iman itu yang sebenarnya....

"ya Allah..kekalkan la amalanku setiap hari...tambahkan lagi ilmuMu untukku jadikan bekalan di akhirat kelak kerna sesungguhnya ilmu itu adalah warisan para nabi. jadika aku hambMu yang sentiasa mencintaiMu..jauhkan aku dari fitnah dunia...lindungi aku dan keluargaku dari rasa mengeluh dengan ujianMu"

"ya Rahman...andai dia adalah insan yang akan menjadi raja dalam hidupku kelak...ringankan kaki kami dalam menuju rumahMu...tabahkan kami dalam bangun dimalam hari untuk bermunajat kepadaMu....
sabarkan kami dalam menempuh ujian agar keredhaanMu sentiasa mengiringi kami menuju syurgaMu"

"temukan kami pada cintaMu yang abadi"

ameen...

apa khabar jiranmu??


apa khabar jiranmu??
Syurga adalah sebuah tempat yang cukup indah. Ianya menjadi akhir perjalanan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh kepada Allah s.w.t dengan hati yang ikhlas. Hati yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t serta mengharapkan keredhaan-Nya.
          Syurga adalah ganjaran dan balasan baik yang akan kekal dan tidak akan binasa untuk selama-lamanya. Orang yang masuk ke dalam Syurga akan senantiasa sejahtera, tidak akan merasa sakit dan juga tidak akan menjadi tua. Di Syurga tiada kepayahan yang dirasakan, melainkan hanya kenikmatan dan kesenangan belaka.
          Mendapatkan Syurga yang indah bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak ujian dan permasalahan yang perlu diharungi. Aku teringat sebuah hadis shahih, Rasullullah s.a.w pernah bersabda dalam ucapannya yang mulia, bahawa Syurga itu dicipta dengan dikelilingi oleh perkara yang dibenci oleh hawa nafsu manusia.
          Contohnya, ibadah solat, puasa dan zakat. Hawa nafsu lebih suka untuk meninggalkan ibadah-ibadah tersebut daripada melakukannya. Itu satu hakikat yang tidak boleh ditolak. Hanya orang ikhlas dan dapat dapat melawan hawa nafsunya saja yang mampu melaksanakan perintah Allah s.w.t dan  meninggalkan larangan-Nya.
          Maka dengan itu aku sering berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan ikhlas dengan harapan dapat melihat wajah Allah s.w.t pada hari akhirat di dalam Syurga. Aku sering melakukan solat lima waktu, berpuasa dan mendirikan solat malam. Aku jarang bergaul dengan manusia dan jarang juga keluar daripada rumah, kecuali terdapat keperluan atau sesuatu urusan kerja dan sebagainya.
          Begitulah rutin kehidupan aku setiap hari, sehinggalah suatu hari yang menyedarkan aku. Ketika itu aku sedang duduk diluar Masjid Bandar Kota Kinabalu yang terletak di atas bukit, selepas menunaikan solat zohor.
          “Apakah khabar jiranmu?” tanya lelaki tua yang berkopiah putih itu selepas bertanya tentang keadaan Aku. Pada wajahnya nyata garis-garis usia yang semakin lanjut dan rambut putihnya yang timbul di kepala.
          Aku terkedu mendengar soalan lelaki itu. Mulutku diam tidak menjawab. Pelik. Apakah gerangannya orang tua ini sehingga bertanya tentang jiranku pula? Apakah kaitan kehidupan jiran dengan aku.
          “Entah, saya pun tidak pasti, pak cik.” Jawabku sambil mengangkat bahu setelah mulut terkunci seketika.
          Lelaki tua itu senyum memandang ke arah ku. Daripada wajahnya jelas terpancar cahaya ketenangan hidup dan kebahagiaan. Seolah-olah dia tidak pernah mempunyai masalah. Mungkin.
           “Untuk mendapatkan Syurga dan redha Allah s.w.t, tidak cukup kita dengan hanya menghubungkan diri dengan Allah s.w.t.” kata lelaki tua itu sambi merapatkan kedua tangannya.
          “Maksud pak cik?” tanya ku sambil membetulkan posisi duduk menghadap kepadanya. Aku tidak begitu faham maksud disebalik ucapannya, menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
          “Untuk mendapatkan Syurga dan redha Allah s.w.t, kita perlukan dua perkara. Pertama, menghubungkan diri dengan Allah s.w.t. Kedua, kita hendaklah menghubungkan diri dengan manusia dengan cara yang diredhai-Nya.” Jawab lelaki tua itu dengan tenang.
          Aku diam mengangguk, walaupun masih kurang faham kerana hendak menjaga hati lelaki tua itu.
          “Ada orang, kuat ibadah tapi dia masuk neraka.” Tambah lelaki tua itu. Jantung ku terasa seperti berhenti seketika. Terkejut mendengar kata-kata lelaki tua itu. Benak ku terasa ragu dengan kata-katanya. Bagaimana orang yang kuat ibadah kepada Allah s.w.t dengan solat, puasa, zakat dan sebagainya boleh masuk neraka?
“Bagaimana orang yang kuat ibadah boleh masuk neraka?”
Lelaki tua itu diam mendengar persoalanku. Dia memalingkan wajahnya ke arah kenderaan dan orang ramai yang bergerak di jalan raya yang terletak di kaki bukit Masjid Bandar itu.
“Kerana dia tidak menjaga hubungan dengan jirannya.” Luah lelaki tua itu dengan suara yang serak-serak basah, lalu dia membaca sebuah hadis, bahawa pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w ditanya perihal seorang wanita yang kuat beribadah, mendirikan solat pada malam hari dan berpuasa pula pada siangnya, namun pada masa yang sama dia menyakiti jirannya dengan lisannya.
Sejurus itu juga perasaan ku diserang satu rasa kurang enak. Hatiku bagaikan tertikam dengan kata-katanya. Aku terfikir tentang sikap ku terhadap jiran-jiranku selama ini. Aku tidak begitu mengambil peduli keadaan jiranku. Aku hanya berfikir tentang diriku sendiri tanpa memikirkan keadaan jiran-jiranku. Terkadang terluah juga daripada lisanku, kata-kata yang kurang menyenangkan mereka, sehingga jelas terlihat pada raut wajah mereka.
Aku terdiam dan tertunduk, lalu mengangkat semula kepala ku memandangnya. Aku cuba memandang lelaki tua itu dengan senyuman yang ku ukir di bibir, namun ternyata tawar. Mungkin kerana senyuman itu bukan terpancar daripada hati, tapi hanyalah paksaan semata-mata.
“Sikap mengambil berat dan memperhatikan jiran semakin terkikis daripada jiwa masyarakat kita, sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, tidak beriman seseorang yang kenyang sedang jirannya kelaparan.” ujar lelaki tua itu. Kata-katanya kali itu membuatkan aku tertunduk.
Benarlah kata lelaki tua itu. Semangat kejiranan sudah semakin menghilang daripada jiwa masyarakat kita pada hari ini. Kebanyakannya hanya mementingkan diri sendiri. Ada manusia yang hidup mewah, rumahnya besar, hidup dalam seharian penuh dengan makanan yang mengenyangkan, sedangkan pada masa yang sama jirannya hidup dalam serba kedhaifan, kekurangan dan sering bermalam dalam keadaan lapar. Dia tidak kenal siapa jirannya.
          Tidak usah mencari contoh yang jauh. Aku yang duduk di depan lelaki tua itu adalah contohnya terbaik untuk itu. Aku diam dan membisu. Saat itu ku merasakan diriku begitu kerdil. Amal ibadah ku yang dilakukan selama ini sememangnya belum cukup untuk mendapat keredhan-Nya, kerana ada satu sisi lain yang tercicir. Hubungan sesama manusia yang nampaknya tidak begitu sempurna.
Apabila aku menoleh kepadanya, lelaki tua itu pun memohon pergi untuk berlalu kerana ada urusan penting katanya.
          Sebelum dia beredar, sempat juga aku berkata kepadanya, “Terima kasih kerana menyedarkan saya...”



http://cerpendakwah01.blogspot.com/2011/11/apa-khabar-jiran-mu.html

Thursday, November 10, 2011

ampuni dosaku ya RABB

gadis kecik molek bernama sofia termenung jauh ke hadapan. sesekali kolam air matanya pecah menitiskan manik-manik mutiara yang selama ini dia simpan dan pendam. mengimbas kenangan lalunya yang sungguh pahit untuk dikenang dan peristiwa pahit itu yang telah membuatkan dirinya rasa sungguh berdosa pada sang Pencipta. dia sendiri tidak menyangka yang dia akan melakukan perbuatan sedemikian rupa. dia sendiri tidak tahu apa yang membuatkan dirinya menjadi alpha pada pegangannya sendiri. sofia, gadis zaman sekolahnya di manfaatkan sepenuhnya untuk menimba ilmu. tambahan lagi dia menjadi harapan keluarganya. kehidupan yang sederhana mendorong dia untuk tinggal di asrama sejak tingkatan satu lagi. d asrama dya hdup berdikari tanpa kluarga di sisi. setiap kali pulang bercuti dan ingin kembali ke sekolah, pasti uminya akan berkata
"sofia, belajar baik2 ya nak. kamu saja la hrapan umi dan abi. kakak dan abg kamu semua da ada khidupannya sendiri. sofia tahu kan. selama mereka berumahtangga. x pernah sekali pun mereka menjenguk kita. sofia bljar baik2. da berjaya nanti, jgn lupa umi dan abi
perkataan ini lah yang x dapat dya dengar, dya pasti akan menitiskan air mata.
melihat raut wajah uminya..hatinya sungguh sayu..
apa salah umi dan abi sampai akak dan abg perlakukan mereka sedemikian rupa
sofia menoleh ke arah abi yang sedari tadi hanya melihat dialognya dengan umi
melihat raut itu, hatinya bertambah sayu. dapat d lihat pada mata abi, kasih yang sangat menggunung
dya beralih ke arah abi lantas memeluknya
"abi, sofia nak p sekolah ni" kata sofia dalam sedunya
abi hanya diam tapi abi telah menitiskan air matanya
sofia tahu abi nya ingin berkata, tapi x dpat nak mengeluarkan sepatag perkataan pun
hanya ciuman kasih yang d berikan abi pada dahi sofia
sofia hanya menumpang bas ke sekolah dengan sorg kawan baiknya dari sekolah rendah lagi.
sofia da nekad untuk belajar bersungguh2
zaman persekolahan...x pernah terlintas di fiikiran nya untuk bermadu kasih meskipun terlalu banyak lelaki yang menaruh hati terhadapnya..sikapnya yang pendiam menyebabbkan rmai yang menganggapnya sombong
tapi x kurang juga ada kwan llkinya ms skolah rendah yang memanggilnya usatazah. dya hanya tersenyum dengar gelaran itu wlaupun hakikatnya dya teringin sangat ingin menjadi seorg ustazah
pelajarannya di sekolah sangat memuaskan hatinya meskipun xla terlalu cemerlang spt kawan2 nya yang lain
tapi, di asrama dialah yang paling tinggi dalam akademik di setiap tingkatan..anugerah setiap tahun pasti dya akan menaiki pentas dewan..
selepas tamat spm
sofia di benarkan bekerja di semenanjung
jauh dari keluarganya...x disangka yang uminya sanggup belikan dya tiket untuk ke sana
disana sofia kenal erti kerja
dan disana jugalah sofia terjerumus dengan perbuatan maksiat.
oleh kerana kenal dengan sorg bdak llki ni
tanpa fkir, sofia terus mmbenarkan llki ni masuk ke rumah sewanya...
pada awalnya..keadaan baik sja
tp hasutan syaitan telah mendorong llki itu supaya melakukan perbuatan yang x bermoral
sofia panik...dya x dpat mlakukan apa2...kudratnya x menandingi kudrat llki itu
selepas itu, dya terus mengusir llki tersebut dan menangis sepuas2 nya....
 sofia kesal...
sejak dari peristiwa itu, dya berhati2 pada llki
tiada llki yang ingin berknalan dengan ppuan mlainkan tjuannya untuk itu
selepas result spm kluar. sofia di terima masuk ke kolej matrikulasi
sebelum mejejaki kaki ke matrik
paling menyedihkan sofia...pendiriannya x seteguh karang
dya terima kasih yang di hulurkan oleh sahabatnya sendiri...
sofia juga tidak menyangka dya akan mlkukan perbuatan jijik itu.
diajak masuk kedalam panggung wayang
sofia seperti hilang dirinya yang sebenar
sofia seperti hilang pedoman
sejak dari itu, sofia tdak percaya pada sorg llki pun kcuali abi nya
sampai sofia melanjutka stdy ke pringkat univesti
umi dan abi nya tidak pernah tau akan perbuatan nya itu
dya tidak memiliki kuasa untuk bg tau mereka...
sofia tau, mereka pasti kecewa...biarpun sekarang ni dia telah mjadi mahasiswa d sebuah univesti
sampai tahap ini. sofia masih sendiri. x pandang mana2 llki yang ingin mendekatinya
akan tetapi...dya tidak menyangka insan yang selama ini menjadi secret admirer nya turut mnaruh prasaan terhadapnya. hal ini di beritahu pada umi dan abi...mereka trus bersetuju keranan mengenali sangat hati budi llki tersebut...tp..masa tidak mengizinkan untuk mereka bersama pada masa ini keran kedua2 nya masih menjadi penuntut di ipt
"ya Allah, ampunilah dosa2 ku, dosa kedua org tuaku, dosa kaum muslimin dan muslimat yamg masih hidup mahupun telah meninggal dunia, ampunkan aq ya Allah...sungguh jijik rasa diri ini dalam memohon keampunanMu...ya Allah, redhailah perhubungan yang terjalin antara kami. jika Engkau mentakdirkan aq adalah untuknya. maka dekatkanlah hati kami padaMU. jika dya tidak baik padaku, maka jauhkan dirinya dari ku ya Allah. ya Allah. lindungilah aq dari sebarang fitnah yang akan menghancurkan khdupanku bersama insan yang Engkau jadikan suamiku kelak. peliharalah kesucian kami agar kami mampu beriringan ke syurgaMu dengan redhaMu...ameen"

Wednesday, November 9, 2011

wanita..kau istimewa

wanita di cipta dari tulang kiri rusuk adam yang bengkok. 

mengapa di fokuskan perkataan'bengkok' di sini.

 lihat sahaja pada diri wanita sekarang. wanita yang segelintir lemah dengan ujian Allah. 

Allah uji hanya sedikit, hati dan iman terus down. 

mengapa begitu wanita?? 


jangan salahkan diri kerna engkau di cipta sedemikian rupa

wanita yang agung di dunia akhirat adalah dia yang hatinya hanya untuk Allah hatta dya sudah bersuami. lihat

pada kisah aisiah..sy x tau btulkah ejaan mnanya ini, tp apapun kisahnya adalah yang terbaik yang patut
 dijadikan contoh teladan buat wanita muslim seluruhnya..

beliau, meskipun jasadnya bersama suami yang kafir lagi menjadi musuh Allah...
ttpi hati beliau tetap pada kekasih yang abadi..

jadi wanita..jaga la diri kerna ia adalah sangat tinggi darjatmu d sisi Allah yang Agung
betapa Allah telah menaikkan darjatmu d tempat yang paling tinggi

tapi lihat akan diri mu wahai wanita

mengapa engkau telah menjatuhkan martabatmu pada insan yang tidak mengenal Allah??

mengapa engkau mendamba cinta yang pnuh dengan nafsu??

lihat apa yang jadi di sekelilingmu wanita??

berapa banyak amalmu engkau gunakan pada jalan kemungkaran??

engkau sungguh berilmu??

engkau tahu hukumannya??

sedarlah wahai wanita

bangkitlah mencari redha Allah..taubat yang engkau phon dengan hati yang bersungguh2 pasti Allah akan

 terimanya..jangan takut muncul didepan org ramai andai engkau sudah menetapkan hati mu pada jalan yang penuh dengan rahmatNya...

biar tiada yang menemaniMu, yakinlah Allah akan setia menjadi temanMu..

biar engkau melihat pandangan sinis, cercaan dan makian, ingatlah..Allah dan para malaikatNya telah tersenyum bahgia untukmu....