Dengan Bismillah Pejuang Melangkah...
Alhamdulillah
semalam diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu bersama ustazah lenny...
antara tajuk yang dikupaskan adalah berkenaan
"Wanita Solehah Perhiasan Dunia"
disitu di definisikan makna perhiasan adalah
sesuatu yang indah...
yang apabila dipakai menimbulkan kesukaan....
namun, apa makna wanita solehah itu sendiri??
diceritakan
pada zaman Rasulullah....
ada seorang sahabat mengajukan kepada Nabi Allah tentang wanita solehah...
bagaimanakah wanita solehah itu ya Rasulullah..
maka Rasulullah menyenaraikan 4 ciri...
1- Menyenangkan hati suami jika memandangnya
2 - patuh dan taat ketika disuruh
3 - menjaga diri ketika suami tiada dirumah
4 - menjaga maruah dan harta suami...
dalam konteks yang sudah berkahwin
*****
tapi, bagi yang masih belum berkahwin,
antara ciri-ciri yang perlu wanita solehah itu miliki adalah..
- Taat pada perintah Allah
- mengikuti dan mengamalkan sunnah rasul
- menjaga maruah diri dan keluarga
dan banyak lagi akhlak2 mulia yang ditekankan dalam islam...
******
dalam taalim semalam juga,
ustazah ada menekankan bahawa wanita ini
terutamanya seorang pelajar,
perlu aktif melibatkan diri dengan program-program,
program yang macam mana??
program yang mampu perbaiki diri
program yang mampu mendidik dan membina jati diri seorang muslim...
bukan program yang melalaikan
yang banyak hiburan berbanding pengisian...
menjadi wanita itu bukan mudah...
ada orang kata,
menjaga 100 ekor lembu itu lebih mudah dari menjaga seorang anak perempuan...
sebab apa??
wanita ini memiliki sifat yang unik...
mereka mudah menjadi tarikan lelaki...
tertutup macam mana pun, tetap akan menjadi perhatian lelaki
sebab itulah fitnah terbesar yang Rasul katakan adalah
an nisa'
wanita menjadi ujian terbesar bagi seorang lelaki
bukan sebab sifat mengada seorang perempuan
bukan sebab sifat menggoda mereka
tapi sifat semula jadi yang tercipta buat mereka...
jadi
dalam hal ini,
sangatlah tidak wajar andai 100% kesalahan itu terletak pada bahu wanita sahaja
juga tidak wajar andai 100% kesalahan itu terletak pada bahu lelaki...
masing-masing kena jaga diri, pandangan dan akhlak..
*****
untuk menjadi wanita solehah,
banyak yang perlu dimujahadahkan..
banyak yang perlu diambil kira..
susahnya menjadi seorang wanita solehah,
hanya perlu dibayar dengan sabar dan mujahadah
pasti solehah menjadi milik setiap wanita.
JOM!!!
jadi wanita solehah...
Seindah perhiasan adalah wanita solehah....
~~ Wanita Syurga Bidadari Dunia ~~
*****
Warkah Cinta ZayyZahra
No comments:
Post a Comment