Tuesday, November 11, 2014

:: Love ::

Dengan Bismillah Pejuang Melangkah...

Alhamdulillah,
akhir-akhir ini, dirasakan terlalu banyak petunjuk dan tanda yang Allah singkapkan padaku...
dari awal berkenan dengan seseorang sehinggalah diberikan cara bagaimana untuk menangani perasaan itu..

aku
juga insan yang memiliki perasaan itu
mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia bersama seorang insan bergelar suami.
namun
dalam masa terdekat ini, ia bukan lah menjadi suatu yang prioriti...
tapi ia adalah impian masa depan yang panjang...

ystazah lenny,
yang memahami lumrah wanita juga pelajar tahun akhir,
dia berpesan,

jika hati sudah berkenankan seseorang,
solat istikharah dan solat sunat hajat
di sujud terakhir, bacalah "lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzdalimin" (41x)
dan mohonlah doa pada Allah untuk diberi jawapan yang segera pada hati itu...
dan, dengan secara random, bukalah alquran, lihat muka surat belah kanan,
fahami maksudnya, insyaAllah, pasti petunjuk Allah akan tiba...

apa-apa pun,
dalam diri sudah dibuai perasaan itu, 
mujahadah untuk kawal...
ingatkan diri, cinta Allah adalah melebihi segala-galanya...

tidak rugi mencintai Allah
kelak diri pasti akan memperoleh cinta makhluknya...

mencintai dia kerana Allah
jika dia hilang cinta kepada Allah,
maka hilanglah juga cinta diri kepada dia...


CINTA...

besar maknanya....
siapa yang sudi memberi cinta??
sungguh ia bukan satu hadiah yang percuma...
bukan juga suatu kata-kata yang hanya lintasan dibibir
tapi perlu dibayar dengan sebuah pengorbanan
dan pengorbanan itu adalah kehidupan...
malah, lintasannya itu dihati, didasari dengan iman
tunjangnya adalah cinta Allah...

******

Warkah Cinta ZayyZahra

Wednesday, November 5, 2014

~ Hikmah yang Tersingkap ~

Dengan Bismillah Pejuang Melangkah

Assalamualaikum...

hari ini kelas sangat pack...
bermula dari pukul 11-12
kemudian sambung semula pukul 2-4 dan 4-6...
dan last pada malam nanti dalam 8.30-10.00 malam
malam ni mid term test bagi subjek pengurusan risiko...


tadi masuk tutorial, 
buat sedikit revision, gambaran soalan tuk malam ni mungkin...

tadi, madam putar belitkan soalan..huhu...
hampir tidak dapat jawab...
but, so far Alhamdulillah....
semoga Allah tambah permudahkan lagi exam malam ni...

disebabkan ia ada essay
amatlah malas untuk aku baca....aduhai...
tapi yang penting ingat point kan...
calculation setakat ni alhamdulillah...sebab minat ku dalam pengiraan
berbanding essay...
sejak dari di bangku sekolah lagi..

tapi, 
bukan rezeki aku untuk ambil major maths dalam degree sekarang
biarpun bidang ini sepertinya sudah dijodohkan buatku
semasa aku memohon untuk diploma 4 tahun lepas...
aku redha,
pasti ada hikmahnya...
pasti ada asbab musababnya...
yang penting, kehidupan kena diteruskan...
minat atau tidak itu adalah perkara jatuh number 2....

Alhamdulillah...
rezeki dan nikmat menulis yang Allah beri ini
segala puji-pujian buatmu ya Rahman...
  semoga setiap patah perkataan dan bait-bait kata ini ada pahalanya...

******

Warkah Cinta ZayyZahra


Monday, November 3, 2014

~ Wanita Solehah Perhiasan Dunia ~

Dengan Bismillah Pejuang Melangkah...

Alhamdulillah
semalam diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu bersama ustazah lenny...
antara tajuk yang dikupaskan adalah berkenaan
"Wanita Solehah Perhiasan Dunia"



disitu di definisikan makna perhiasan adalah
sesuatu yang indah...
yang apabila dipakai menimbulkan kesukaan....

namun, apa makna wanita solehah itu sendiri??

diceritakan
pada zaman Rasulullah....
ada seorang sahabat mengajukan kepada Nabi Allah tentang wanita solehah...

bagaimanakah wanita solehah itu ya Rasulullah..
maka Rasulullah menyenaraikan 4 ciri...
1- Menyenangkan hati suami jika memandangnya
2 - patuh dan taat ketika disuruh
3 - menjaga diri ketika suami tiada dirumah
4 - menjaga maruah dan harta suami...

dalam konteks yang sudah berkahwin

*****

tapi, bagi yang masih belum berkahwin,
antara ciri-ciri yang perlu wanita solehah itu miliki adalah..
- Taat pada perintah Allah
- mengikuti dan mengamalkan sunnah rasul
- menjaga maruah diri dan keluarga
dan banyak lagi akhlak2 mulia yang ditekankan dalam islam...

******

dalam taalim semalam juga,
ustazah ada menekankan bahawa wanita ini
terutamanya seorang pelajar,
perlu aktif melibatkan diri dengan program-program,
program yang macam mana??
program yang mampu perbaiki diri
program yang mampu mendidik dan membina jati diri seorang muslim...

bukan program yang melalaikan 
yang banyak hiburan berbanding pengisian...

menjadi wanita itu bukan mudah...
ada orang kata,
menjaga 100 ekor lembu itu lebih mudah dari menjaga seorang anak perempuan...

sebab apa??
wanita ini memiliki sifat yang unik...
mereka mudah menjadi tarikan lelaki...
tertutup macam mana pun, tetap akan menjadi perhatian lelaki

sebab itulah fitnah terbesar yang Rasul katakan adalah
an nisa'

wanita menjadi ujian terbesar bagi seorang lelaki
bukan sebab sifat mengada seorang perempuan
bukan sebab sifat menggoda mereka
tapi sifat semula jadi yang tercipta buat mereka...

jadi
dalam hal ini,
sangatlah tidak wajar andai 100% kesalahan itu terletak pada bahu wanita sahaja
juga tidak wajar andai 100% kesalahan itu terletak pada bahu lelaki...
masing-masing kena jaga diri, pandangan dan akhlak..

*****

untuk menjadi wanita solehah,
banyak yang perlu dimujahadahkan..
banyak yang perlu diambil kira..

susahnya menjadi seorang wanita solehah,
hanya perlu dibayar dengan sabar dan mujahadah
pasti solehah menjadi milik setiap wanita.


JOM!!!
jadi wanita solehah...

Seindah perhiasan adalah wanita solehah....

~~ Wanita Syurga Bidadari Dunia ~~

*****

Warkah Cinta ZayyZahra