Wednesday, April 2, 2014

:: bila menjauh maka kembalilah ::

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum blogger...

serasa terlalu cepat sangat masa ini berputar, dahulunya aku seorang budak hingusan yang hidup dalam suasana kampung diselubungi dengan hutan yang cantik dan segar menghijau,,,

saat d zaman sekolah lagi, karakter diriku begitu berbeza daripada adik beradik yang lain yang mana kecenderungan aku untuk faham apa itu islam mendalam berbanding mereka...ini bukan bermaksud bahawa mereka tidak mengamalkan islam , mereka amal tapi mereka kurang faham...


begitu juga aku, tapi penghayatan itu ada daripada tiada...kekadang sesetengah ada yang belajar agama hanya sebagai tiket untuk lulus periksa...tapi tidak bg aku, alhamdulillah, amalan belajar hangat-hangat tahi ayam org katakan itu bertukar kepada satu rasa kesungguhan yang kuat untuk belajar tentang islam...

aku masih ingat di usia kecilku, Allah beri aku anugerah membaca tulisan jawi dengan lancar dan mudah...
disekolah juga, kawan2 sekolah kerap kali memanggilku dengan gelaran ustazah sehingga la ke peringkat aku sekolah menengah....gelaran itu berlanjutan..dengan itu, kuat untuk aku bercita2 menjadi seorang ustazah yang boleh ajar anak-anak tentang islam..biarpun hakikatnya pada masa itu aku tidak cukup faham untuk menghurakan apa itu islam sebenar...

namun, impian dan cita-cita hilang terkubur kerana keadaan sekeliling yang mempengaruhi keputusanku yang sememangnya tidak pernah tetap dari dulu hinggalah kini...

saat aku terdampar di matrikulasi labuan, sedikit demi sedikit aku cuba untuk faham akan islam yang aku bawa...aku faham islam itu bukan hanya pada pakaian...tapi islam itu adalah cara hidup seorang insan tentang bagaimana untuk berkelakuan di bumi ini...islam itu guideline dan petunjuk supaya manusia yang hidup hari ini selamat dan sejahtera sebgaimana maksud islam itu dari sudut bahasanya sendiri...

di matrik aku memasuki satu kelompok dalam bulatan yang orang panggil sebagai usrah..sejak aku mengikut usrah itu, sedikit demi sedikit aku dapat tambah ilmu apa hakikat sebenar hidupnya seorang manusia dibumi ini...disana, aku telah dikenali dengan satu istilah perjuangan kita manusia sebagai orang islam..

ya, sangat bermakna erti perjuangan itu..
sangat hebat maksud di sebalik kata perjuangan itu
sangat payah jika diri mengetahui dan memahami apa itu perjuangan yang sebenar...

langkah demi langkah, aku berjaya memasuki sebuah ipta yang mana menjadi impian setiap pelajar untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti..
ya, aku telah berjaya tanpa aku sedari perjuangan itu sentiasa mengejar untuk aku lebih faham untuk apa kewujudanku sekarang ini....

menemui sahabat-sahabat yang aku rasa matlamat kami sama telah menjerumuskan aku untuk memahami apa sebenarnya yang Allah cuba aturkan untuk aku...

sejak dari itu, aku cukup faham bagaimana Allah atur kehidupan aku sehingga aku bertemu apa yang tidak pun aku terlintas untuk sampai ke tahap ini...


dahulunya aku bergerak hanya sebagai penurut perintah dan arahan, orang yang hanya bergerak di saf bawah dan belakang, kini aku berada di atas..memerintah dan memberi arahan yang bergerak di saf hadapan dan hasil kerja itu menjadi tatapan umum membuatkan aku cukup berhati-hati dalam memimpin diri dan juga orang berada dalam kuasa pimpinanku...

namun,
tanpa aku sedari juga, aku seperti ingin menjauh dari takhlifan itu
merasai ia satu bebanan yang sebolehnya aku ingin lepaskan secepat mungkin...
tengoklah, sangat hebat dan halus syaitan membisik jiwa manusia...
saat, aku leka dengan takhlifan,


saat aku leka dengan amanah yang sedang aku pikul
dia berbisik dengan kata 'bebanan', dia merayu dengan perkataan 'payah dan susah'

aku sedar, aku sedang alami semua itu sehingga mempengaruhi hati aku ini untuk teruskan apa itu perjuangan yang sebenarnya aku perlu fahami dan lalui...
sebab itu, aku perlukan sahabat yang sentiasa ada dengan aku, sentiasa berada disampingku saat hati aku sedang berbolak balik...aku tidak mahu perkataan futur itu mengalir dalam diriku sehingga aku mensia-siakan pencarianku selama ini.....

kini, aku menyedari diriku yang menjadi penggerak untuk memartabatkan kembali islam itu..
aku sebagai khalifah dibumi Allah bertanggungjawab dala amanah itu untuk menyuburkan biah soleh/ah di bumi ini...
aku sebagai hamba Allah diamanahkan dengan amanah suci iaitu untuk mengajak manusia kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar...

mana boleh, aku berpatah balik ke belakang setelah aku sampai sejauh ini...
bila aku mengikut kata nafsu untuk berpatah balik...pastinya hanya gelaran pengecut yang wajar  untuk aku.
diakhirat nanti, apa yang ingin aku jawabkan kepada Allah...tidak lain aku hanya sama seperti hambaNYA yang ingkar pada suruhan dan arahanNYA....ALLAHU ROBBI...

* ya Allah, aku mohon agar Engkau tidak bolak balikkan hati ku setelah Engkau berikan aku petunjuk...
ya Rahman, aku mohon sifat pengasihmu untuk mengalir dalam diriku semoga aku boleh menjadi insan yang hanya mengharap kan kasihmu dalam setiap apa yang aku perbuat....
ya Rahim, semoga dengan sayangMU ini, aku boleh menyayangi manusia semakhluk denganku untuk kami sama-sama meraih redhaMu dan mengharap dapat berjumpa di syurgaMu kerna kami yang sentiasa sayang menyayang dan sebagai manusia yang sentiasa memperingati antara satu sama lain...

Allah, Kau menghendaki apa yang Kau kehendaki....tiada yang mustahil jika dengan izinMU...
saat aku jatuh, tolonglah aku kerna KAUlah sebaik-baik penolong....
saat aku lemah, bantulah aku dengan sifat kekuatanMu..













No comments:

Post a Comment