Monday, April 21, 2014

:: buzy week :::

Bismillah....

minggu lepas merupakan minggu paling sibuk yang pernah aku alami...

 
pertama
due date present and hantar assignment
terutamanya strategic management
ada banyak assignment yang bertindan yang perlu diselesaikan....
namun, kami semua bertangguh....
esok nak present,
tapi pada hari yang sama juga compile semua nya...
hanya Allah yang tahu betapa celarunya fikiran kami semua

disebabkan nak siapkan assignment dan present terus, 
kami terpaksa skip kelas dan settle kan
lebih kurang 3 jam kami ambik masa untuk settle kan assignment ni...

dan tepat pukul 3.30 petang
kami siap
lepas tu g solat zohor yang terlambat dah
then kawan sorg g print....

tepat pukul 4.30, turn kami pulak present...
alhamdulillah...
semuanya Allah permudahkan....
rasa masa yang sikit yang kami ada tu, Allah berkat
sehingga semasa menyiapkan segalanya,
tiada fikiran celaru
tiada stress yang melanda...

semua itu bergantung kepada kita
macam mana nak urus perasaan....

kedua
adalah mid term test of strategic management juga....
 aku hanya sempat baca pada tengahari pada waktu malam nya exam dah...
memang dirasakan tiada masuk
tapi tetap struggle...

aku dapat tahu, ketua kelas ada bagi hint kat facebook
tapi, aku langsung tidak tahu....
kawan-kawan lain mungkin dah prepare awal2
dan boleh dah target nak jawab apa...
aku?
memang kosong
sebab x sangka sebenarnya ada long essay 

tapi, aku serah pada Allah...
ilmu yang aku peroleh dan aku curahkan ke kertas jawapan
adalah hasil usaha aku sendiri....
rendah atau tinggi adalah belakang kira
dan Allah tidak lihat pada hasil kan
tapi, Allah lihat pada usaha yang kita lakukan

andai kita telah lakukan untuk dapat markah tinggi
tapi dengan meniru,
di mana berkatnya??

hidup ni
hanya untuk menagih berkat dan redha Allah...
untuk apa mahu nampak gah dimata manusia
padahal kita tidak peduli pandangan Allah terhadap kita
 maka, menjadilah kita orang paling rugi dimuka bumi ini...

Allah, 
jauhi aku dari riak

ok

ketiga
adalah program "freedom of life"


yang pihak kami iaitu JT anjurkan...
seperti keterangan diatas,
kami berusaha untuk melakukan yang terbaik
sebabnya, matlamat kami untuk islam itu sendiri

target utama adalah non muslim
namun,
peracangan Allah yang terbaik
hanya muslim yang datang dan insyaAllah dengar
apa yang disampaikan oleh panel jemputan....

terakhir sekali
adalah assignmnet2 lain yang aku perlu siapkan....
dan ada 3 lagi assignment grup yang masih in progress...
Allah....


ya Allah...
mohon berkati segala usaha kami dalam meyiapkan kerja
Mohon berkati segala masa yang kami ada agar kami tidak membuang dan membazirkannya..

ya Rahman
Engkau pemberi nikmat
jadikanlah kami sebagai hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmatMu

jauhkan kami dari perkara sia-sia...
dekatkan kami dengan hal-hal yang boleh mengingatiMu...


Amin ya RABB....

Wednesday, April 16, 2014

::: sahabat :') :::

Bismillah...

sahabat...
terima kasih untuk segalanya....
terima kasih atas kesudian dirimu memberikan kata semangat....

sahabat....
seperti yang kamu beritahu, kita ni lemah...
ya, aku mengakui hakikat itu...
sebab itu kita perlu sentiasa bersama kan....
sebab itu aku perlukan dirimu...
menjadi sebahagian kekuatan dalam diri aku....

sahabat...
hati ini menjerit perih....
seperti duri mawar itu menusuk kedalam...
hampir mengeluarkan darah
namun
dengan kehadiranmu....
darah itu dapat ditahan
darah itu menjadi beku didalam..
kekadang adakalanya ia ingin keluar....

kekadang aku lemah untuk tahan
dan ia keluar juga
meninggalkan bekas dihati...
entah bila parut itu boleh hilang....
meskipun aku sering kali balut dengan doa...
walaupun aku sering bandage dengan taubat....
ia kekal disitu....

sahabat....
kuatkan aku,
pegang aku
tarik aku
disaat aku rebah
disaat aku jatuh menyembah bumi

aku tidak mampu bangkit sendiri
aku tidak kuat untuk berdiri
perlukan pautanmu
perlukan tanganmu....

sahabat....
mengapa mesti aku lemah dengan semua ini
mengapa mesti aku goyah dengan keadaan ini
aku ingin menjadi diri aku dulu
namun, 
itu semua adalah mustahil buat aku...

sahabat,
saat aku bercerita denganmu berhadapan
ingin aku mengeluarkan mutiara ini
hanya saat aku berbicara seperti ini
baru mutiara itu mengalir....

ingin juga aku merasakan pelukanmu
saat ia mengalir
meminjam bahumu untuk aku lepaskan semuanya....

Allah...
bukan aku mahu membelakangkan Dia....
ketahuilah, sebelum aku menemuimu
aku pertama berbicara denganNya...
mencari kekuatan diri
meraih sabar dalam perit....

seperti yang dirimu selalu tekankan
kita kena kuat...
ya, aku berusaha untuk itu...
mengharap bukan menjadi insan yang lemah lagi....

jangan lupakan aku dalam doamu...

:')


<3 nazlia taufiqah <3

Monday, April 7, 2014

:: Lahirnya seorang Mujahidah ::

Bismillah

hari ini aku dan sahabat2 pergi melawat seorang senior, kak ila dan along.
kak ila baru selamat melahirkan anak perempuan pukul 4pg, 6 april 2014 td.alhamdulillah
lahir lagi seorang hamba Allah yang bakal menyambung mata rantai perjuangan islam
seorang mujahidah lahir dari benih insan yang cintakan islam, yang sayangkan ilahi
alhamdulillah

doa along sebagai seorang ayah
sangat membanggakan anak perempuan sulungnya
dengan harapan agar ummu sulaim menjadi muslimah generasi penyelamat ummah dan anak muda yang akan sayangkan islam...insyaAllah

sungguh besar harapan seorang yang sayangkan islam
seorang yang sayangkan Allah
melahirkan hambaNya yang akan bakal memartabatkan islam itu kembali
seorang hamba yang bakal membawa islam 
kembali pada kegemilangannya dahulu
agar diakhirat nanti, ada alasan untuk mereka bertemu Allah...

sejuk mata memandang melihat mujahidah baru lahir...


semoga lahirmu membanggakan ummi dan abi mu...
dan Allah dan Rasul terutamanya...
kini mereka menyerahkan dirimu pada islam...
ALLAHU...

**************************

setelah melihat baby
ramai yang teringin nak menimang anak sendiri..
termasuk aku..hihihi....
tok sey nok gatai sangat la hasni..hahaha....

insyaALLAH
masa itu mungkin akan tiba
dan mungkin juga tidak
hanya Allah yang tahu 
sebab Dia dah tulis semua takdir aku dalam diariNya sendiri....

insyaAllah, bila Dia kata "kun fayakun"
maka denga takdirnya, bertemanlah aku dengan seseorang
yang aku yakin pasti menyerahkan jua dirinya pada sang ilahi
untuk kemenangan islam kini dan selamanya....

ameen ya RABB....

^_^

salam sayang, Zayy_Ra : Asnie

Thursday, April 3, 2014

:: Rahsia Solat ::

Bismillah
***********

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=809105392452298&set=a.168083329887844.41614.162729517089892&type=1&theater
********
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Sumber : Ustazrazi

Wednesday, April 2, 2014

:: bila menjauh maka kembalilah ::

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum blogger...

serasa terlalu cepat sangat masa ini berputar, dahulunya aku seorang budak hingusan yang hidup dalam suasana kampung diselubungi dengan hutan yang cantik dan segar menghijau,,,

saat d zaman sekolah lagi, karakter diriku begitu berbeza daripada adik beradik yang lain yang mana kecenderungan aku untuk faham apa itu islam mendalam berbanding mereka...ini bukan bermaksud bahawa mereka tidak mengamalkan islam , mereka amal tapi mereka kurang faham...


begitu juga aku, tapi penghayatan itu ada daripada tiada...kekadang sesetengah ada yang belajar agama hanya sebagai tiket untuk lulus periksa...tapi tidak bg aku, alhamdulillah, amalan belajar hangat-hangat tahi ayam org katakan itu bertukar kepada satu rasa kesungguhan yang kuat untuk belajar tentang islam...

aku masih ingat di usia kecilku, Allah beri aku anugerah membaca tulisan jawi dengan lancar dan mudah...
disekolah juga, kawan2 sekolah kerap kali memanggilku dengan gelaran ustazah sehingga la ke peringkat aku sekolah menengah....gelaran itu berlanjutan..dengan itu, kuat untuk aku bercita2 menjadi seorang ustazah yang boleh ajar anak-anak tentang islam..biarpun hakikatnya pada masa itu aku tidak cukup faham untuk menghurakan apa itu islam sebenar...

namun, impian dan cita-cita hilang terkubur kerana keadaan sekeliling yang mempengaruhi keputusanku yang sememangnya tidak pernah tetap dari dulu hinggalah kini...

saat aku terdampar di matrikulasi labuan, sedikit demi sedikit aku cuba untuk faham akan islam yang aku bawa...aku faham islam itu bukan hanya pada pakaian...tapi islam itu adalah cara hidup seorang insan tentang bagaimana untuk berkelakuan di bumi ini...islam itu guideline dan petunjuk supaya manusia yang hidup hari ini selamat dan sejahtera sebgaimana maksud islam itu dari sudut bahasanya sendiri...

di matrik aku memasuki satu kelompok dalam bulatan yang orang panggil sebagai usrah..sejak aku mengikut usrah itu, sedikit demi sedikit aku dapat tambah ilmu apa hakikat sebenar hidupnya seorang manusia dibumi ini...disana, aku telah dikenali dengan satu istilah perjuangan kita manusia sebagai orang islam..

ya, sangat bermakna erti perjuangan itu..
sangat hebat maksud di sebalik kata perjuangan itu
sangat payah jika diri mengetahui dan memahami apa itu perjuangan yang sebenar...

langkah demi langkah, aku berjaya memasuki sebuah ipta yang mana menjadi impian setiap pelajar untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti..
ya, aku telah berjaya tanpa aku sedari perjuangan itu sentiasa mengejar untuk aku lebih faham untuk apa kewujudanku sekarang ini....

menemui sahabat-sahabat yang aku rasa matlamat kami sama telah menjerumuskan aku untuk memahami apa sebenarnya yang Allah cuba aturkan untuk aku...

sejak dari itu, aku cukup faham bagaimana Allah atur kehidupan aku sehingga aku bertemu apa yang tidak pun aku terlintas untuk sampai ke tahap ini...


dahulunya aku bergerak hanya sebagai penurut perintah dan arahan, orang yang hanya bergerak di saf bawah dan belakang, kini aku berada di atas..memerintah dan memberi arahan yang bergerak di saf hadapan dan hasil kerja itu menjadi tatapan umum membuatkan aku cukup berhati-hati dalam memimpin diri dan juga orang berada dalam kuasa pimpinanku...

namun,
tanpa aku sedari juga, aku seperti ingin menjauh dari takhlifan itu
merasai ia satu bebanan yang sebolehnya aku ingin lepaskan secepat mungkin...
tengoklah, sangat hebat dan halus syaitan membisik jiwa manusia...
saat, aku leka dengan takhlifan,


saat aku leka dengan amanah yang sedang aku pikul
dia berbisik dengan kata 'bebanan', dia merayu dengan perkataan 'payah dan susah'

aku sedar, aku sedang alami semua itu sehingga mempengaruhi hati aku ini untuk teruskan apa itu perjuangan yang sebenarnya aku perlu fahami dan lalui...
sebab itu, aku perlukan sahabat yang sentiasa ada dengan aku, sentiasa berada disampingku saat hati aku sedang berbolak balik...aku tidak mahu perkataan futur itu mengalir dalam diriku sehingga aku mensia-siakan pencarianku selama ini.....

kini, aku menyedari diriku yang menjadi penggerak untuk memartabatkan kembali islam itu..
aku sebagai khalifah dibumi Allah bertanggungjawab dala amanah itu untuk menyuburkan biah soleh/ah di bumi ini...
aku sebagai hamba Allah diamanahkan dengan amanah suci iaitu untuk mengajak manusia kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar...

mana boleh, aku berpatah balik ke belakang setelah aku sampai sejauh ini...
bila aku mengikut kata nafsu untuk berpatah balik...pastinya hanya gelaran pengecut yang wajar  untuk aku.
diakhirat nanti, apa yang ingin aku jawabkan kepada Allah...tidak lain aku hanya sama seperti hambaNYA yang ingkar pada suruhan dan arahanNYA....ALLAHU ROBBI...

* ya Allah, aku mohon agar Engkau tidak bolak balikkan hati ku setelah Engkau berikan aku petunjuk...
ya Rahman, aku mohon sifat pengasihmu untuk mengalir dalam diriku semoga aku boleh menjadi insan yang hanya mengharap kan kasihmu dalam setiap apa yang aku perbuat....
ya Rahim, semoga dengan sayangMU ini, aku boleh menyayangi manusia semakhluk denganku untuk kami sama-sama meraih redhaMu dan mengharap dapat berjumpa di syurgaMu kerna kami yang sentiasa sayang menyayang dan sebagai manusia yang sentiasa memperingati antara satu sama lain...

Allah, Kau menghendaki apa yang Kau kehendaki....tiada yang mustahil jika dengan izinMU...
saat aku jatuh, tolonglah aku kerna KAUlah sebaik-baik penolong....
saat aku lemah, bantulah aku dengan sifat kekuatanMu..













:: ceritaku ~ dia & publisiti ::

Bismillah...

suatu hari, aku ada bercerita dengan seorang adik...
berkenaan publisiti...

yang mana aku bercerita mengenai publisiti, aku, dan dia

dahulunya aku hanya kuli, bawah lajnah kebajikan, tapi ada satu hari tu, nama aku tidak tersenarai dalam lajnah...sedih juga la..huhu....tapi kawan kata, biarpun nama aku tiada dalam lajnah, aku tetap juga wajib terlibat dengan jt..

aku mula aktif bila dah reti design2 semua ni...
semuanya bermula pada program ifest tahun lepas...
aku dilantik sebagai ajk publisiti dalam program imam muda.
sejak itu, aku mula buat poster, banner dan video...
dan sejak itu juga program apa pun, aku dilantik jadi ajk publisiti dengan seorang sahabat ni...

dan kini, aku sebagai pen.ket lajnah publisiti...
masuk ni aku bukan dilantik pada awalnya
disebabkan ada permintaan dari seseorang dan ada masalah sikit,
aku ditarik masuk dalam LPP ni...menjadi salah seorang pemikir dan penggerak...
sahabat itu yang nak aku masuk LPP...
ingat lagi masa awal pelantikan tu, bukan aku dilantik,
sahabat tu bagi warning, dya kata, : asni tetap juga dalam publisiti

so, sebab dya, aku berada dalam publisiti sampai sekarang....
tapi, kena faham la, bukan dya asbab utama aku berada dalam publisiti..
asbab utama aku dalam publisiti ni sebab aku nak sumbangkan tenaga untuk prgram jt...
sakit macam mana pun aku rasa, aku kena teruskan...
tekanan perasaan macam mana pun yang aku hadapi, 
aku kena bijak kawal...


aku tahu
dalam bergerak kerja ni, mesti ada persilisihannya...
kekadang, kitatidak puas hati dengan kawan2 terutamanya yang sebumbung dengan kita
macam yang aku alami ni lah sekarang...
kekadang sampai nak marah pun, tidak jadi marah
sebab apa??
sebab sayangkan persahabatan itu
marah itu aku tolak ketepi...

sebaliknya air mata yang selalu jadi peneman
dikala stress, disaat down...
disaat terasa dengan dya...

walau mcm mn pun perasaan tu, 
aku tidak boleh bawa sampai ke meja kerja..
hal peribadi dan kerja mesti diasingkan
being professional orang katakan
but it is not easy as people can said...
bahu yang merasa tidak sama dengan bahu yang melihat....

seringkali aku diingatkan dalam gerak kerja ni
ingat! semua mesti kerana Allah
andai bukan Allah yang kita sandarkan, pasti kerja jadi serabut
adalah yang lari dari jawatan
adalah yang mula komplen sana sini...
no!!!
itu bukan sifat seorang yang mengaku hamba Allah..
itu bukan sifat seorang yang mengaku dalam perjuangan...

banyak lagi nasihat yang sahabat-sahabat beri...
banyak lagi kata-kata pembangkit semangat yang sahabat bagi...
ambil dihati
dengan izin Allah...
kaki ni tidak akan berundur kebelakang...

sem ini adalah pecutan terakhir aku dan dia memegang tampuk pemerintahan LPP...
jadi, sem ini aku harap aku boleh buat yang terbaik dalam LPP sendiri
aku harap kerja aku dalam LPP ini memberi banyak manfaat pada jt sendiri
aku harap agar keberadaan ku dalam jt menjadi bernilai bukan sahaja pada pandangan sahabat2 malah yang paling penting macam mana pandangan Allah sendiri terhadap amanah yang DIA berikan pada aku.
aku harap aku boleh jalankan dengan baik
diakhirat nanti, ia tidak tuntut dengan amalan yang buruk
sebaliknya tercatat sebagai amalan orang-orang yang beriman....

sungguh banyak yang nak dicerita
tapi cukuplah sekadar disini sahaja...
yang lain antara aku dan dya
biar hanya tertulis dan terlakar didalam hati....

wallahu'alam...

^_^