BISMILLAH
alhamdulillah....
semalam ada mengikuti ta'alim ustazah lenny
minggu ni kami baru masuk bab hadis imam nawawi...
dengan permulaan hadis 1 iaitu niat...
*************
Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.
**************
dalam majlis tersebut
betapa niat begitu ditekankan
hal ini kerana segala perbuatan kita itu bergantung apa yang hati niatkan
jika kita niat kerana Allah dan rasulNya, maka kepada Allah dan rasulNya hijrah itu
andai sekiranya kita hijrah kerana dunia
maka hijrah kepada dunia lah jawabnya
seperti yang diterjemahkan dalam hadis tersebut.
berbicara tentang niat,
ia berbeza dengan azam
niat itu bilamana kita niat untuk melakukan sesuatu amal
manakala azam pula tidak sampai kepada kita ingin melakukan amal tersebut
itu adalah perbezaan niat dan azam
bagaimana pula perbezaan niat dalam adat dan ibadah...
apa itu adat??
dan apa itu ibadah??
benda yang sama dan serupa macam kan??
dalam perbincangan semalam
sahabat2 mengatakan adat itu adalah kebiasaan yang manusia lakukan
begitu juga ibadat...
tapi yang membezakan both of them is qasad yakni niat....
adat hanya adat
dan adat itu akan menjadi ibadah andai ia diniatkan
niat macam mana??
iaitu niat ikhlas kerana Allah :)
insyaAllah....
itu adalah sedikit perkongsian daripada ustazah lenny semalam
insyaAllah akan ada lagi kupasan tentang niat
yang tidak sempat dihabiskan dengan masa yang begitu limit...
terkesan dengan kata-kata ustazah semalam...
sekiranya kita niatkan dan lakukan kerana Allah
insyaAllah, Allah akan pandu kita...
Alhamdulillah...
syukran jiddan ustazah....
sungguh mencintai orang berilmu itu adalah 1 kewajipan
***********
video ini mengenai hadis 1 - niat...
enjoy it...^_^
No comments:
Post a Comment