Monday, March 31, 2014

Ta'alim ma'a ustzah lenny ~ NIAT

BISMILLAH

alhamdulillah....
semalam ada mengikuti ta'alim ustazah lenny
minggu ni kami baru masuk bab hadis imam nawawi...
dengan permulaan hadis 1 iaitu niat...

*************


Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.

**************
dalam majlis tersebut
betapa niat begitu ditekankan
hal ini kerana segala perbuatan kita itu bergantung apa yang hati niatkan
jika kita niat kerana Allah dan rasulNya, maka kepada Allah dan rasulNya hijrah itu
andai sekiranya kita hijrah kerana dunia
maka hijrah kepada dunia lah jawabnya
seperti yang diterjemahkan dalam hadis tersebut.

berbicara tentang niat,
ia berbeza dengan azam
niat itu bilamana kita niat untuk melakukan sesuatu amal
manakala azam pula tidak sampai kepada kita ingin melakukan amal tersebut
itu adalah perbezaan niat dan azam

bagaimana pula perbezaan niat dalam adat dan ibadah...
apa itu adat??
dan apa itu ibadah??
benda yang sama dan serupa macam kan??

dalam perbincangan semalam
sahabat2 mengatakan adat itu adalah kebiasaan yang manusia lakukan
begitu juga ibadat...
tapi yang membezakan both of them is qasad yakni niat....
adat hanya adat
dan adat itu akan menjadi ibadah andai ia diniatkan
niat macam mana??
iaitu niat ikhlas kerana Allah :)
insyaAllah....

itu adalah sedikit perkongsian daripada ustazah lenny semalam
insyaAllah akan ada lagi kupasan tentang niat
yang tidak sempat dihabiskan dengan masa yang begitu limit...

terkesan dengan kata-kata ustazah semalam...
sekiranya kita niatkan dan lakukan kerana Allah
insyaAllah, Allah akan pandu kita...

Alhamdulillah...
syukran jiddan ustazah....

sungguh mencintai orang berilmu itu adalah 1 kewajipan

***********

video ini mengenai hadis 1 - niat...

enjoy it...^_^




Saturday, March 29, 2014

"Program bengkel solat"

BISMILLAH

Alhamdulillah....
berjaya mengendalikan program "kenapa aku solat" hari ini....


dengan menjemput panel yang petah berbicara
lantang bersuara
yang penting ilmu itu tinggi
suasana program sarat dengan ilmu pengetahuan
disamping dihangatkan dengan tembakan soalan bertubi-tubi dari para hadirin.
alhamdulillah...

disertakan terapi solat dan wuduk
ramai yang tidak tahu, jadi tahu
alhamdulillah
semoga Allah merahmati majlis kami pada hari ini
dan akan ada lagi untuk masa depan 
insyaAllah
semoga Allah permudahkan...

Antara slot program













^_^




Friday, March 28, 2014

...berundur untuk membina...

BISMILLAH

berundur bukan bererti mengaku kalah

tetapi dengan 2 sebab
- melakukan rancangan lain atau
- bergabung tenaga dengan ahli lain... 

manusia tiada sebab untuk berundur
sebagaimana Allah tidak menciptakan manusia melainkan ada tujuannya... 

semua ada asbab...
dan telah tertulis dalam diari takdir setiap seorang manusia...


jadi, 
teruskan kakimu melangkah 
walau ranjau duri menanti dihadapan 
teruskan menghayun langkahmu 
walau sakit yang terpaksa kau tanggung... 
itu adalah mehnah dan tribulasi 

jalan dakwah itu bukan mudah 
disitu diselitkan sakit dan payah... 

namun dengan kesakitan itu 
kamu menjadi manusia yang teguh pendirian 
disebalik kepayahan itu 
kamu menjadi manusia yang diharapkan ummat... 
manusia yang diimpikan Rasulullah... 
hamba yang dinantikan Allah 
sahabat yang dinantikan para syuhada.... 

gembirakanlah hatimu 
dipengakhiran hidupmu 
manis yang kau rasai...dan 
suatu hari nanti, dengan dakwah itu 
menjadi satu asbab kau dinantikan dipintu syurga... 

Allah... 
ease all our effort... 















Thursday, March 27, 2014

ujian perasaan mungkin...-_-'



bismillah

dalam lirik lagu ni, ada yang rasanya kena dengan diri ini...
biarpun ia fokus pada orang yang bakal berumah tangga...

"siksanya mengakui kau teman biasa
terpaksa aku terima itu hakikatnya..
yang pasti aku tak mahu lupakan cinta..."

lirik ni mungkin fokus pada mereka yang kecewa
kecewa disebabkan pilihan hatinya itu memilih orang lain
sedang dia hanya dianggap sebagai sahabat...

bagi tafsiranku sendiri
mungkin ia sifat melampai
tapi, aku juga manusia
mempunya perasaan seperti itu...

kala kita semakin rapat atas dasar sahabat
aku diuji dengan rasa macam itu
memang siksa berhadapan dengan dia
memang siksa bila bekerja dengan dia...

namun,
aku sedar itu adalah mainan syaitan
yang berusaha memporak perandakan diri aku
yang ingin merosakkan ukhuwah yang baru terjalin...

sungguh 
ia menjadi mujahadah buat aku...
juga dia...

aku hanya ada Allah untuk aku luahkan semua
pada manusia, tidak sekali2..
aku juga ada malu..
malu pada Allah..
malu pada mereka....

cuma aku harap
rasa itu cepat hilang..

Allah..
bantu aku kuat menghadapi semua ini
kuatkan aku kala aku lemah melawan perasaan ini...
ameen....