Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum pemula kata...
semoga hati berbicara bertaut diatas kalimah Allah yang Agung..insyaAllah
sekian lama tidak post apa-apa dalam blog ini, membuatkan ia jadi sunyi dan hambar...
maaf la, saya bukannya rajin sangat mahu menulis ni..kekadang kalau datang idea tu, baru lah terisi juga blog ni...
tapi, terisi ataupun tidak, hanya saya seorang ja lah yang baca sendiri...saya tulis bukan untuk tujuan orang lain baca, just tulis untuk mengisi kekosongan itu....kalau ada yang buruk, nampak sebelah mata jak la ya, x pun jangan nampak terusla...lagi afdhal..:)
kalau ada kebaikan yang terlihat pula, ucaplah alhamdulillah...sungguh, Allah yang menggerakkan jari jemari dan hati ini untuk meluahkan segalanya....
tiada apa yang istimewa dalam blog ini melainkan luahan rasa seorang gadis kekampungan seperti saya untuk menjadikan blog ini sebagai teman bicara...kerna kesudian ia menerima coretan ini dan mudah-mudahan tidak melanggar batas saya seorang manusia dan hamba abdi kepada tuhannya...Allah..
hari ini hari ahad, 8 hb september 2013 bersamaan 2 zulkaedah 1434 hijrah...bermulanya kelas untuk sesi september 2013/2014 di universiti Malaysia Kelantan...
namun, hanya kelas bahasa arab saja yang ada, kelas fiqh muamalat batal dan kelas untuk undang-undang kontrak islam juga batal...insyaAllah, mungkin minggu depan la tu start stdy....
melihat kepada kursus yang saya ambil di umk, perbankan dan kewangan islam, saya hanya terfikir matlamat pelajaran saya ini adalah di bahagian bank dan pusat-pusat kewangan...ya, memang betul la kan..tapi, minda saya masih tertutup untuk mencari peluang kerjaya yang lebih luas lagi untuk kursus banking ni...
orang selalu tanya, "..lepas kau belajar ni, jadi apa la??"
saya cakap la jadi pegawai bank...satu jawapan yang mudah...
tapi, bila di tengok skop banking ini lebih luas dan mungkin peluang untuk terlibat dalam skop ini adalah cerah untuk masa hadapan...
ya, mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya...
jadi, sebagai seorang mahasiswa, semestinya ilmu itu menjadi agenda utama untuk sampai ketahap yang lebih tinggi, tanpa ilmu, manusia tidak akan buat apa-apa...
pelajar sangat sinonim dengan ilmu pengetahuan kerana itulah tuntutannya,
tp bukan pelajar sahaja, malah seluruh manusia dialam ini...
dengan itu, tuntutan ilmu itu menjadi kewajipan bagi semua agar manusia tidak akan tumbang ke lembah kebodohan...nak elak dari itu, perlunya menuntut ilmu selagi roh dikandung jasad, selagi kaki berpijak dibumi dan selagi Allah masih beri peluang menghirup udaranya bumi ini...
tuntutan ilmu sehari demi hari akan membuatkan diri menjadi orang yang berbeza setiap hari jika mahu dibandingkan dengan manusia yang langsung tidak mahu menuntut ilmu...
perlukan dahagai ilmu itu supaya diri tidak sombong dan bongkak diri malah jadilah manusia yang merendah diri dengan bertambahnya ilmu didada...
itulah harapan saya untuk sem kali ini,
saya mahu menjadi manusia yang sentiasa dahagakan ilmu Allah biarpun hanya sekelumit yang Allah beri....dengan ilmu itu, saya mampu mendidik diri untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan dan rezeki yang Allah beri....
dengan ilmu itu juga, saya berharap dapat mencapai matlamat dakwah saya di bumi kampus ini....
ini kerana, manusia yang tidak berilmu dan manusia berilmu tapi bongkak tidak akan dipandang oleh sekalian makhluk Allah malah dibenci sehingga dia kembali menyerahkan segalanya hanya pada yang Esa...
sebab itu, dalam melakukan apa-apa, saya berharap agar semuanya kerana Allah
tidak terlalu mengharap pada insan lain mendahului harapan pada Allah kerana
Allah yang berikan semuanya dan manusia itu hanya berusaha....
jika Allah ingin memberikan rezeki, maka yakinlah dengan Dia kerana Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki....^_^
....hasnie...
tetapkan matlamat, teguhkan tujuan
capai harapan dan usahakan impian
segalanya terletak di genggaman mu...
dan
kembalilah kepada sang Tuhan mu
yang menciptakan...
~keep striving for mardhatILLAH~
insya-Allah
*******************
No comments:
Post a Comment