Sunday, September 8, 2013

~ Harapan yang Satu ~

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum pemula kata...
semoga hati berbicara bertaut diatas kalimah Allah yang Agung..insyaAllah

sekian lama tidak post apa-apa dalam blog ini, membuatkan ia jadi sunyi dan hambar...
maaf la, saya bukannya rajin sangat mahu menulis ni..kekadang kalau datang idea tu, baru lah terisi juga blog ni...

tapi, terisi ataupun tidak, hanya saya seorang ja lah yang baca sendiri...saya tulis bukan untuk tujuan orang lain baca, just tulis untuk mengisi kekosongan itu....kalau ada yang buruk, nampak sebelah mata jak la ya, x pun jangan nampak terusla...lagi afdhal..:)
kalau ada kebaikan yang terlihat pula, ucaplah alhamdulillah...sungguh, Allah yang menggerakkan jari jemari dan hati ini untuk meluahkan segalanya....

tiada apa yang istimewa dalam blog ini melainkan luahan rasa seorang gadis kekampungan seperti saya untuk menjadikan blog ini sebagai teman bicara...kerna kesudian ia menerima coretan ini dan mudah-mudahan tidak melanggar batas saya seorang manusia dan hamba abdi kepada tuhannya...Allah..


hari ini hari ahad, 8 hb september 2013 bersamaan 2 zulkaedah 1434 hijrah...bermulanya kelas untuk sesi september 2013/2014 di universiti Malaysia Kelantan...
namun, hanya kelas bahasa arab saja yang ada, kelas fiqh muamalat batal dan kelas untuk undang-undang kontrak islam juga batal...insyaAllah, mungkin minggu depan la tu start stdy....

melihat kepada kursus yang saya ambil di umk, perbankan dan kewangan islam, saya hanya terfikir matlamat pelajaran saya ini adalah di bahagian bank dan pusat-pusat kewangan...ya, memang betul la kan..tapi, minda saya masih tertutup untuk mencari peluang kerjaya yang lebih luas lagi untuk kursus banking ni...

orang selalu tanya, "..lepas kau belajar ni, jadi apa la??"
saya cakap la jadi pegawai bank...satu jawapan yang mudah...
tapi, bila di tengok skop banking ini lebih luas dan mungkin peluang untuk terlibat dalam skop ini adalah cerah untuk masa hadapan...
ya, mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya...

jadi, sebagai seorang mahasiswa, semestinya ilmu itu menjadi agenda utama untuk sampai ketahap yang lebih tinggi, tanpa ilmu, manusia tidak akan buat apa-apa...
pelajar sangat sinonim dengan ilmu pengetahuan kerana itulah tuntutannya,
tp bukan pelajar sahaja, malah seluruh manusia dialam ini...

dengan itu, tuntutan ilmu itu menjadi kewajipan bagi semua agar manusia tidak akan tumbang ke lembah kebodohan...nak elak dari itu, perlunya menuntut ilmu selagi roh dikandung jasad, selagi kaki berpijak dibumi  dan selagi Allah masih beri peluang menghirup udaranya bumi ini...

tuntutan ilmu sehari demi hari akan membuatkan diri menjadi orang yang berbeza setiap hari jika mahu dibandingkan dengan manusia yang langsung tidak mahu menuntut ilmu...
perlukan dahagai ilmu itu supaya diri tidak sombong dan bongkak diri malah jadilah manusia yang merendah diri dengan bertambahnya ilmu didada...

itulah harapan saya untuk sem kali ini,
saya mahu menjadi manusia yang sentiasa dahagakan ilmu Allah biarpun hanya sekelumit yang Allah beri....dengan ilmu itu, saya mampu mendidik diri untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan dan rezeki yang Allah beri....
dengan ilmu itu juga, saya berharap dapat mencapai matlamat dakwah saya di bumi kampus ini....

ini kerana, manusia yang tidak berilmu dan manusia berilmu tapi bongkak tidak akan dipandang oleh sekalian makhluk Allah malah dibenci sehingga dia kembali menyerahkan segalanya hanya pada yang Esa...

sebab itu, dalam melakukan apa-apa, saya berharap agar semuanya kerana Allah
tidak terlalu mengharap pada insan lain mendahului harapan pada Allah kerana
Allah yang berikan semuanya dan manusia itu hanya berusaha....
jika Allah ingin memberikan rezeki, maka yakinlah dengan Dia kerana Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki....^_^

....hasnie...
tetapkan matlamat, teguhkan tujuan
capai harapan dan usahakan impian
segalanya terletak di genggaman mu...

dan

kembalilah kepada sang Tuhan mu
yang menciptakan...

~keep striving for mardhatILLAH~
insya-Allah

*******************


Tuesday, June 11, 2013

::: imtihan mood :::...

Bismillahirrahmanirrahim

"ya robbi najjihna f kulli imtihan fiddunya wal akhirah"

"ya tuhan kami, berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian didunia dan diakhirat"


::: telah berlangsungnya peperiksaan terakhir bagi sem ini dari 10 jun sehinggalah 21 jun ini....
semoga Allah permudahkan segala urusan ku, semoga Allah membalas segala usaha yang aku lakukan....

Allah,
berikanlah aku kefahaman sebagaimana KAU berikan kefahaman kepada para nabi kefahaman. fahamkan jua aku tentang agamaku dan permudahkanlah urusanku ya Allah.."


٧٩. فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ وَكُلّاً آتَيْنَا حُكْماً وَعِلْماً وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِينَ


"maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) ; dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan kamilah yang melakukannya"

~al anbiyaa 21 : 79~



~a paper already done, still have 5 papers waiting for me...

اللغة العربية - jun 2013, 12

principles of islamic economic - jun 2013, 14

islamic accounting - jun 2013, 15

regulatory framework for islamic banking and finance - jun 2013, 20

managerial finance - jun 2013, 21

~after that, need preparation to camp~

ya Allah

sekiranya hanya itu setakat usaha yang hamba lakukan

maka turunkanlah kesabaran dalam diri ini

agar berusaha lagi pada masa akan datang....

ya Allah

hamba telah berusaha dan akan berusaha lagi.....

maka,

berikanlah keputusan itu berdasarkan usaha hamba...

bukan hanya usaha berdasarkan apa yang hamba belajar...

tapi

usaha yang hamba lakukan dalam bermunajat kepadaMu

usaha yang hamba lakukan dalam berserah pada Mu

usaha yang hamba lakukan dalam mengikhlaskan hati sepenuhnya untukMu

usaha yang hamba kerahkan dalam berdoa padaMu...

ya Allah,

apa pun keputusan yang bakal hamba terima nanti,

jadikanlah hamba seorang yang bersyukur....

hamba telah berusaha kan Allah...

kini,

hamba serahkan segala-galanya padaMua.....

Allah...

semoga KAU berkati apa yang apa pelajari hari kemarin dan hari ini...

semoga berkahMU sentiasa memayungi hamba untuk hari-hari seterusnya.....

ameen ya Allah....

















Thursday, May 9, 2013

...Aku Tahu HaTimu TerHiriS....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


sekian lama tidak mencoret pena didalam ini...
sungguh rindu menggamit kalbu ...
ingin menulis surat cinta kepada sang blog...
meluahkan rasa dihati
meringankan beban dijiwa..
sekiranya itu bisa, terima kasih kerna sudi menjadi 
tempat untuk sang kalam melakarkan....

aku tahu
disebalik dirimu yang tersenyum itu,,
ada seketul daging yang terhiris...
sesuatu yang telah merobek..
aku tahu, itulah hatimu...

aku tahu,
kau memendamkan rasa
dengan keadaan dirimu yang sendiri
dengan kelakuanmu seolah-olah
tidak membenarkan sesiapa
untuk mendampingimu...

aku tahu..
biar bibirmu mengukir senyuman manis
namun pahit kau rasa disanubari
hati itu sakit dengan keadaan mu
dengan keadaan orang
yang berada
disekelilingmu....

aku tau
hatimu terhiris...
hatimu sunyi...
dengan gurauan manja seorang insan
kekadang kau menangis memikirkan
itu semua...

meskipun kau telah berusaha
menjadikan sang khaliq itu 
peneman utamamu
tapi dihatimu itu
kau memerlukan seorang teman
yang bernama SAHABAT...

namu aku tahu...
ia tidak sukar untuk 
dampingi "mereka"...
ia tidak perlu sesusah seperti
mencari mutiara dilautan

tapi aku tahu...
kau hanya kehilangan punca 
bagaimana untuk mendampingi "mereka"

teringinnya dihatimu untuk pergi
meluah rasa, berkongsi cerita
bergurau senda...
tapi sayang....
dikala masa itu tiba...
"mereka" pula tiada masa...

sehingga kini
hatimu tidak setenang dulu
tawamu tidak semesra dahulu...
hidupmu sudah tidak
menjadi seceria ketika dahulu...

aku tahu,,,
hati mu sedang merintih hiba...
keseorangan
hanya Allah yang tahu keadaanmu
hanya Dia...


tapi Allah...
aku hidup dengan manusia
aku tinggal bersama mereka
aku bertemu mata dengan mereka
aku berselisih bahu dengan mereka

kaki tempat aku berpijak 
ini, kami kongsinya bersama

aku sentiasa merintih 
padaMu ya Tuhan
agar aku bisa bertahan dengan semua ini
agar aku bisa mencapai
tenangnya berhubungan
dengan sekalian makhlukMU...

ya Allah...
disini aku merintih...
memohon kekuatanMu
memohon kesabaran dan keikhlasan

didalam doa yang sering kutitipkan
pada-MU
semoga air mata ini
bisa menenangkan hatiku
yang telah terhiris
telah sekian lamanya....

~~~~~~~~~~~~

maafkan aku sahabat.....:'(













Sunday, March 10, 2013

pejuang islam harus bergerak~~

bismillahirrahmanirrahim

apa khabar iman? semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan istiqomah berusaha untuk menjadikan ia sentiasa berada d tempat yang teratas


terlalu lama tidak menulis dalam blog ni. maklumlah sifat seorang manusia yang lemah, kadang-kadang malas dan kadang-kadang buka tapi tidak tahu nak tulis apa. 

kembali kepada tujuan kita berada didunia ini, tidak ada benda yang kekal melainkan Allah swt. dengan keizinannya dan kehenadaknya, Dia boleh melakukan apa sahaja. sungguh mati itu pasti dan hidup insyaAllah. 

jangan terlalu leka dengan kehidupan yang Allah berikan sekarang. jangan terlalu seronok dengan nikmat kemewahan dan kesenangan yang ada ditangan sekarang kerana jika Allah menghendaki ia hilang maka hilanglah ia. 

*************

aku diberi peluang oleh Allah untuk melihat dunia sehinggalah Allah memanjangkan usia ku sehingga 21 tahun. satu nombor yang tidak ingin dilepaskan oleh setiap remaja dan sudah tentunya aku juga, tapi masa tidak akan berhenti berjalan seperti beredarnya bumi mengelilingi matahari. never ever stop kerna mereka bergerak mengikut perintah Allah. kalau mereka berhenti, maka kiamatlah dunia...wallahu'alam


muhammad Al-Fateh pada usia remajanya seperti aku, dia sudah menjadi seorang sultan yang hebat yang memiliki ribuan tentera yang turut hebat sepertinya. mendapat darjat yang tertinggi di sisi Allah dengan keteguhan aqidahnya. memperoleh nikmat iman dan islam yang tinggi sehingga tahajjudnya tidak pernah tinggal sejak usia pertama balighnya lagi....pejuang islam yang sudah berani dan tekat mempertahankan islam bertunjangkan al-quran dan berlandaskan sunnah/hadis Rasulullah, kekasih hatinya.

muhammad al-fateh, pahlawan Allah yang bisa menaikkan semangan anak-anak islam bila mendengarkan kisahnya. begitu juga dengan diriku yang sangat lemah dan hina ini. biarpun sukar untuk menjadi insan seaqidah hebat sepertinya, tapi usaha itu insyaAllah ada biar sekelumit zarrah.

melihat di luar sana, ada ramai yang bijak pandai dalam mengeluarkan pandangan, pendapat, hujah dan cadangan malah begitu ramai yang jadi penyampai. penyampai radio, penyampai atau host melodi dari kalangan selebriti, penyampai berita dan pelbagai lagi penyampai-penyampai yang lain. sekiranya mereka Allah kehendakkan mendapat nur hidayah wa taufiqNya, pastinya islam akan dapat kembali kemenangan itu. 

sebab apa? ummah sekarang memerlukan tenaga kerja yang berani serta yakin seperti mereka untuk bercakap dihadapan. bukan bercakap kosong tapi meluahkan isi hati islam dengan jalan dakwah dengan segenap ilmu pengetahuan yang mereka miliki.

yang pasti, sudah ada yang berani kehadapan, Alhamdulillah. dan aku yakin masih ada lagi yang teragak-agak untuk bawa islam itu sehingga ke ruang langit dan bumi, tidak mengapa. bina islam dalam diri, nescaya islam itu akan tertegak dibumi. cuma jangan jadikan ingin menjadi manusia yang sempurna baru nak bergerak untuk berdakwah, sampai bila-bila pun diri tidak akan bergerak. berusahalah untuk ummah agar mereka yang diluar sana kembali kepada fitrah dan agar mereka tidak berada jauh dari landasan jalan islam dan iman.


pada hari ini, mata kasar ini melihat diluar sana terlalu ramai manusia yang telah pun berada di luar malah jauh dari landasan. jadi ia begitu sukar untuk membawa mereka kembali kedalam landasan dan biarkan mereka terus berada dimana mereka berada sekarang. tapi mata hati melihat pada satu perspektif yang berbeza yang mana manusia yang terkeluar dari landasan itu bukan sukar untuk dibawa masuk malah merekalah yang sepatutnya diberi perhatian supaya diakhirat kelak, anggota badan ini mampu menjawab setiap pertanyaan Allah...

jadi, jangan banyak beralasan sekiranya diajak untuk pergi keluar berdakwah kerna tuntutan berdakwah itu adalah wajib bagi semua muslim.

bergeraklah untuk Allah dan RasulNya, kelak kemenangan itu menjadi milik kita semua~~

  
~salam kasih dan cinta buat saudaraku semua~