Sunday, May 6, 2012

takdirku Allah yang tentukan

BISMLLAHIRRAHMANIRRAHIM

salam ukhuwah fillah buat semua

selami jiwa kalian dengan setiap bait kata-kata yang akan lahir dari tulisan berlandaskan hati insan yang hina lagi kerdil ini...

saat kaki ini melangkah ke alam yang dikhaskan untuk orang yang bijak pandai dan yang pastinya aku bukan tergolong dalam kalangan kumpulan tersebut, mungkin nasib yang Allah telah takdirkan buat aku bertapak di bumi serambi mekkah ini. apa pun, kesyukuran itu aku panjatkan kerna sepanjang aku berada di sini, banyak ilmu yang telah aku timba. pengalaman yang tidak terjangka pun aku telah alami sendiri..sungguh Allah letakkan aku di sini pasti bertujuan sebagaimana bertujuannya penciptaan makhluk bergelar manusia
seperti firmanNya dalam surah adz-zariyyat ayat 56

"tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah kepadaKu"...

aku pasti dengan ayat itu, ayat itulah yang sentiasa mengingatkan tujuan aku dibumi Allah ini...

cuma,
kekadang itu, aku sering alpha dengan kehidupan yang aku lalui kini....lalai dan leka menjadi sarang dalam otak pemikiran aku mengakibatkan aku kekadang lupa diri...bukan menjadi diri aku yang sebenar...bukan seperti yang aku lahirkan melalui pemakaian ku ini..
bukan jua aku pancarkan melalui warkah ini....aku sering lupa....

di saat aku menjejaki proses kehidupan yang ingin sempurna, memiliki sebuah rumah idaman, kereta idaman dan sebagainya..
Allah datang membisikkan peringatan buat hati ini...Allah mengingatkan hati ini agar tidak berat sebelah dalam mencari kemewahan dunia..biarlah ia di seimbangkan dengan kemewahan akhirat...
Allah mengingatkan hati ini dengan membukakan aku lorong-lorong....

lorong-lorong kehidupan yang pastinya penuh dengan mehnah dan tribulasi....
Allah menunjukkan aku jalan yang sangat tidak disukai oleh manusia yang cintakan dunia dan takutkan mati......jalan yang sangat sarat dengan beban untuk d pikul...beban segala beban yang pasti akhirnya menjanjikan syurgaNya iaitu PERJUANGAN dan DAKWAH......

perjalananku dalam mencari ilmu dunia, tidak Allah hanyutkan untuk itu semata-mata melainkan  Allah sertakan dengan istilah perjuangan dan dakwah itu....

aku menyedari betapa takdirku telah ditentukan di sini  untuk membuka satu lembaran kehidupan yang telah sekian lama berselindung disebalik tabir  kehidupan lampauku. betapa Allah tunjukkan aku bahawa kewujudanku di sini sangat diperlukan

aku...
insan yang terpilih dalam mengenal erti PERJUANGAN dan  DAKWAH...memikul istilah ini di atas bahuku, didalam hatiku untuk mengembalikan ISLAM yang sudah dipijak-pijak oleh umatnya sendiri ke martabatnya yang tinggi...membawa islam itu dimana sahaja untuk aku pelajari dan mengajari umat yang kehausan IMAN dan islam...

aku tahu,
dimana sahaja aku berada, aku kena pegang islam ini kerna peribadiku telah mencerminkan islam itu sendiri...rosak diriku maka rosaklah islam....runtuh imanku, maka runtuhlah islam...

aku jua tahu
segala cabaran pasti tersedia dihadapan..ombak dugaan pasti menghempap pantai hati ini dalam meneruskan melaksanakan dakwah...namun, aku pasti dengan janji Allah....

sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza
Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,
dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),
maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah..
(al-lail : 4-7)

usaha yang diiringkan dengan keyakinan terhadap Allah, pasti Allah temukan aku pada jalan yang sangat mudah

Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (muhammad 47: 7)

aku yakinkan diriku dengan pertolongan Allah dalam setiap keputusan yang aku ambil...
andai ia berlandaskan keimanan...pasti aku tidak lemah dengan caci maki...

ya ALLAH..
teguhkan hati ini dengan IMAN...
tunjukkan jalanku dalam mencari hakikat diri dengan ISLAM
tabahkanlah aku dengan kekuatan janji PAHALA-MU
kuharap kaki ini sentiasa melangkah menuju REDHA-MU
yakinkanlah jiwa ini dengan balasan SYURGA-MU....


AMIN AMIN YA RABBAL 'ALAMIN....





2 comments:

  1. sungguh indah Perancangan Allah.... lagi hebat daripada otak2x manusia yg genius..... moga2x istiqamah di jalannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada yang hebat dari maha hebat akh...itulah harapan ana, moga ana kuat, tidak di selitkan lagi perasaan mengalah dalam diri sebelum mencuba dan akan terus mencuba dan mencuba...

      Delete