bismillahirrahmanirrahim
"sesungguhnya orang-orang yang bersedekah lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya); dan mereka akan mendapat pahala yang mulia."~ AL-HADID 57:18
ayat ini baru sahaja aku lepas membacanya...sungguh berkesan dihati sebab sepanjang aku hidup di dunia ini, boleh dihitung dengan jari berapa kali aku bersedekah kepada Allah jua hanya untuk Allah...sangat sedikit...
aku selalu lupa nak berbuat demikian...bila di fikir-fikir, sedekah ini sangat besar aspeknya..bukan setakat sedekah memberi makanan atau hadiah atau apapun malah senyum juga oleh dikatakan sedekah...
sedekah memberi makanan, hadiah dan seumpanya itu adalah hubungan kita dengan manusia, termasuk juga dengan senyum. tp apa plak yang boleh mengkaitkan hubungan kita dengan Allah...hah inilah satu pernyataan yang mungkin menjadi persoalan di benak sesetengan ummah...bagi yang sudah mengerti itu...sudah tentulah tahu jawapannya kan....
ada satu hadis Rasulullah yang mengatakan...
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota
seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu
sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang
demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
inilah ayat yang menyeru kita untuk terus bersedekah...rasanya ia x susah mana kan hanya dengan mengerjakan solat sunat dhuha...lihatlah betapa eloknya aturan Allah....disamping kita ingin mengerjakan urusan dunia, Dia seimbangkan urusan dengan urusan akhirat....tapi, ia bargantung dengan niat setiap individu itulah...tapi, tiada orang mukmin yang melakukan ibadah hanya untuk mendapat ganjaran dunia tapi lebih mengutamakan ganjaran Allah taala...WALLAHU'ALAM
Apa yang ingin aku luahkan di sini tidak lain tidak bukan hanya untuk peringatan diri sendiri juga, bila aku sudah yang mengeluarkan kata-kata ini atas kehendak yang MAHA ESA, sudah tentu akulah yang perlu ambil pengajaran...ingat nie, bukan hanya kata-kata tapi buktikanlah dengan perbuatanmu...barulah Allah bole terima perubahanmu...
sungguh aku akui, aku begitu lalai dalam melakukan solat sunat dhuha...solat yang begitu besar rahmatNya, solat yang memohon agar segala urusan kita didunia ini dipermudahkan olehNya....solat ini juga tandanya sedekah kita pada Allah dan juga sedekah buat diri kita sendiri sebenarnya...
tentang sedekah aku pada insan yang berada disekelilingku, aku pasti, aku belum melaksanakannnya lagi...tentang bajuku yang hilang, aku mungkin lalai...pada insan yang sudah mengambilnya, aku cuba mengikhlaskan diri menyedahkan kepada beliau...biar x kenal tp itulah ajaran islam yang aku cintai ini....
apa yang aku harapkan dalam diriku sendiri adalah satu PERUBAHAN.....perubahan yang berterusan agar aku tidak berasa teragak2 untuk menghulurkan bantuan pada yang memerlukan...aku harap bantuan itu adalah sedekah...dan apa yang aku terima daripada kawan2, aku x mengharapkan itu adalah sedekah tapi hadiah semata-mata, sebab apa plak?? sebabnya aku bukan orang yang memerlukan bantuan itu, aku masih mampu menyara kehidupan aku sendiri....banyak lagi insan yang mendambakan keperluan yang aku terima...cuma aq berharapa penilaian Allah padaku adalah yang terbaik
aku teringat satu kisah Rasulullah SAW..yang mana beliau tidak akan terima buah tangan andai ia berunsurkan sedekah malah baginda menerimanya apabila si pemberi mengatakan ia adalah hadiah...
hebatnya ajaran Rasulullah buat ummah sekalian....harapan hati-hati yang terikat dengan rasa cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah pasti menjadikan baginda suri teladan yang baik...dan sudah tentu mengharapakan syafaat baginda di akhirat kelak...harapan aku adalah semoga aku termasuk dalam golongan itu.....WALLAHU'ALAM....
AMIIN....
No comments:
Post a Comment