Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Salam kasih, salam sayang dan salam ukhuwah… semoga pertalian yang terikat berada di bawah lindungan payung keredhaan dan rahmat Allah swt…
Entry kali ni aku nak cter sal “pohon semalu”
Pohon semalu buka hanya pokok semata-mata, malah ia ada kaitan yang jelas, kuat dan berguna pada manusia seluruhnya tp yang paling utama adalah pada umat islam itu sendiri.
Jom kita korek rahsia pohon semalu ini, apa ikatannya pada kita???
Pohon semalu, pohon yang pantang disentuh pasti menunuduk sopan, tapi durinya tetap tajam berceracakan..
Pasti ada yang bertanya:
“tapi, pohon semalu tumbuh melata atas tanah, susah nak main bola. Biasanya ia tumbuh di tengah padang…” pasti itu kata si anak muda yang cenderung pada bola.
Cuba kita bawa minda kita sejenak ke padang bola. Susah nak Nampak pohon semalu kat situ. itu mungkin berdasarkan observation sesetengah individu. Cuba lihat namanya, pohon semalu kan pemalu, ia tidak akan hidup lama ditempat banyak kaki berpijak sebaliknya ia akan cari pinggir yang tersembunyi dan jarang-jarang dipijak orang untuk tumbuh subur. Takkan menyusahkan orang insyaAllah.
Pasti ada juga yang berfikir, kenapa pohon semalu sering dibuang orang??...contohnya yang selalu tumbuh kat halaman rumah…ada jak tumbuh pasti dibuang serta merta
Soalan pasti memerlukan jawapan dan hujah kan, dan hujahnya:
apa nak hairan jika sesuatu itu kelihatan terbuang??. Lihat Rasulullah s.a.w, kerana islam, Baginda terbuang dan dimusuhi. Namun, andai ada seorang yang membuang baginda, berpuluh-puluh yang lain menyayanginya. Kenapa??, kerana baginda di bela Allah, tidak pernah terbuang pada pandanganNya, tetap istimewa dihati pencinta Allah dan RasulNya. Pandangan Allah paling utama bukan pandangan manusia..
iktibarnya, biarlah semua manusia membuang kita asalkan kita tetap berjaya pada pandangan Allah Azza Wajalla. Kita hidup pada akhir zaman, islam kembali dagang seperti zaman Rasulullah saw mula-mula nak bawa islam. Oleh itu, tidak hairanlah kebenaran sering nampak terbuang dan terasing. Islam dagang buat kali kedua dan yang kali pertama telah dilalui oleh Rasulullah…
Pohon semalu memang pemalu..sifat malu melambangkan keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Hakikatnya, malu bukan hanya untuk wanita tapi untuk lelaki juga. Bukankah sifat pemalu ada dalam diri Rasulullah??
Daripada sa’id Al-Khudri katanya:
“baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat pemalu lebih daripada seorang dara dalam kelubungnya dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu daripada wajah Baginda..” (hadis riwayat ibnu Hibban)
Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi…” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
Dalam hadis yang lain, Baginda bersabda:
“sesungguhnya bagi tiap-tiap agama itu ada cirri-ciri kesusilaan maka untuk islam ialah sifat malu..”
Timbul persoalan seperti anak kecil yang kebingungan…
“..Tapi cikgu selalu berpesan, jangan malu bertanya dalam kelas…ada juga peribahasa yang mengatakan malu bertanya sesat jalan…kenapa macam itu??...”
Perlulah difahami, kita tidak perlu malu dalam menuntut ilmu dan menegakkan kebenaran Allah. Malu yang dimaksudkan adalah malu bertempat. Malu untuk menjadi wanita yang rosak akhlaknya iaitu yang hanya pandai menggoda lelaki yang bukan mahramnya. Selain itu, malu untuk melakukan maksiat. Pendek kata, malu pada Allah dan Rasul untuk mengingkari perintahNya dan melakukan laranganNya.
Bagi si pohon semalu, bersama sifat al-hayanya, ada duri yang tajam berbisa. Duri di sini merupakan simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahid dan mujahidah.
Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah juga wawasan seorang dai’e, dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang cantik menawan.
Selain itu, dedaun yang hijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya akan turut tertutup malu. Tindakbalas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih saying. Begitulah seorang mujahid dan mujahidah, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya.
Indahnya jika dapat membawa seseorang rasa bahagia dengan cara hidup islam yang sebenar. Kerja ini sepatutnya terpikul pada semua orang yang mengaku beriman.
Moga Allah sudi memilih kita semua untuk memikul tugas berat ini…
Serangkap hadis Rasulullah yang cukup indah sebagai pengakhir kalam
Maksudnya:
“malu itu baik semuanya..” (hadis riwayat Bukhari)
{elya khadeeja}
No comments:
Post a Comment