Thursday, November 12, 2015

~ Heaven Day ft Complain ~

Bismillah

InsyaAllah, hari ni merupakan kedua last day berada di CTIC,
esok jumaat dan selepas itu 2 hari cuti..
hari2 last nak berhenti, team leader tak bagi kerja sangat..
sebelum ni buat kerja-kerja admin iaitu lipat surat.

kak zati dah tarik semua akaun
hari ni dan esok mmg heaven lah, xbuat apa pun...
hanya follow up ptp akaun, itu pun aku hanya mesej jak, xda rasa nak buat kol..
tak pa lah kan, lepas ni kak zati akan tarik semua akaun ptp tu ke collectors lain...

CTIC, good bye...
terima kasih atas pertolongan selama ini
terima kasih kerana mengambil saya bekerja untuk 4 minggu...
meskipun begitu, semoga CTIC maju sebagai syarikat yang disegani oleh anak melayu...

cuma, ada beberapa perkara yang perlu CTIC ambil perhatian berkenaan sumber manusia

1. jaga kebajikan anak pekerja anda
kalau boleh, layan mereka semua rata, jangan ada sifat puak, dari sudut bayaran gaji, komisyen dan seumpanya, bagilah seperti yang mereka patut dapat...untuk pertama kali kerja, tak perlu pun hold gaji sampai 2 minggu, anak-anak nak makan apa? macam aku sendiri, kerja 3 minggu, gaji rm100 jee...bukan xnak bersyukur okey, tapi wajarkah dapat gaji sebegitu? bayar makan tak lepas, inikan pulak nak bayar rumah sewa.

2. target-oriented
okey, sebut pasal target ni buat aku rasa nak..hurmmmm, entah lah nak kata apa kan...
kalau semua bergantung dengan target, sampai kesudah tak dapat nak claimed OT dan dapat komisyen, sebab tak hit target, tak dapat semua tu.. kau rasa patut ka? selepas kau buat banyak kol, kumpul collection, tapi sikiiiit lagi nak capai target, tapi yang kau dapat adalah nothing......
so, dimana penghargaan untuk pekerja?...
apa sebenarnya fungsi pekerja tu kan...

3. public holiday
yang ni aku dengar tidak semua kena ambik,
tapi bila kerja masa public holiday, pekerja perlu dibayar 3 kali ganda daripada gaji yang sedia ada untuk harian tu, tapi yang tu pun pekerja tak dapat okey...

4. office hour operation
sebenarnya, semua company di kuala lumpur ni kerja 5 hari je tau.
tapi ni kerja sampai sabtu, tuk setengah hari...
masa hujung minggu terpaksa dihabiskan di tempat kerja rather than kat umah. org nak rest lah..
bagi lah cuti 2hari, pekerja pun akan rasa best bekerja disitu dan boleh regain energy fir the incoming week kan...

dan seperkara lagi, office hour tu, 8.30pg hingga 5.00 ptg yang sepatutnya,
ini sampai kul 6ptg..kan dah lebih masa tu...

itu jak la yang nak minta CTIC ambil perhatian, 
tolong ubah peraturan syarikat tu..
bagi pekerja yang selayaknya mereka peroleh.
bersifat ehsan

last but not least,
sebagai syarikat yang katanya nak menjaga bumiputera sendiri, tolong tekan solat para pekerja anda..
sebab hanya 20% sahaja pekerja yang solat.
jangan asyik nak kerja collection, kumpul target sampai lupa dengan tuhan pemberi rezeki..
kena ingat, rezeki yang kau peroleh tu adalah dtgnya dari Allah...
customer nak bayar pun kerana gerakan hati daripada Allah..
pernah terfikir tak dengan semua itu?....

surau kat sebelah dah, xperlu nak pergi jauh2....

apa-apa pun, semoga CTIC mampu menjadi sebuah syarikat berkebajikan..

ok, bye

Wednesday, November 4, 2015

: nostalgia - Inteam - Sentuhanmu ::






Play lagu ni...
Lagu nasyid yang dibawakan khas oleh kami, pelajar aspuri bilik 1 tahun 2007.
dan memenangi tempat pertama..
lirik yang sungguh bermakna..

khas buat insan bergelar ayah, bapa, abi, abah
 

Monday, November 2, 2015

:: CTIC Corporation ::

Bismillah

Lupa nak cerita, dah 3 minggu kerja di CTIC Corporation Sdn Bhd ni..
minggu ni minggu ke-4, dan untuk minggu pertama dalam bulan november.
2nd November 2015.

syarikat apa tu?
antara soalan yang biasa diutarakan acap kali aku cakap aku kerja di syarikat tersebut.

syarikat ini beroperasi sebagai call centre, debt recovery and telemarketing.
dan aku ditempatkan dibahagian Digi Telecommunications Sdn Bhd.
apa yg perlu aku lakukan adalah kol customer dan maklumkan kepada mereka berkenaan tunggakan
kemudian bincang dengan mereka bila nak buat pembayaran. 

banyak protokol yang perlu kau tahu..
cuma apa yang perlu kau sabarkan adalah pelbagai ragam customer.
yang baik tu, alhamdulillah lah..
yang kurang baik itu kena tahan hati.
sebab boleh jadi dia tengking kau..

cakap pasal tengking ni buat aku scared betul..
pernah kena tengking dengan customer tau.
sebenarnya dia marah dengan pihak digi, alih-alih aku yang kena tempiasnya.
apa lagi, berhambur air mata lah.

maaflah, bukan tidak kental hati.
kental memang kental, tapi bila go to tengkingan, itu yang aku tidak boleh tahan..
seharian nangis melepas rasa..
nasiblah kan...
even mak bapa aku tidak pernah tengking..
kau senang-senang pegi tengking aku...sampai nya hati..

kesal dengan sifat org kita sendiri..muslim lagi..
semakin hari, semakin kurang adab.
atau juga kurang tarbiyah. dan mungkin juga kurangnya dakwah sampai ke hati..
 Allah..

tapi xpa,
semua itu dugaan dalam bekerja..
ini baru kecil sebab tidak berhadapan dengan customer.
hanya dengar mereka cakap..
tapi ia tetap perkara yang sama.
aku tetap tidak suka org menengking dengan aku...

insyaALLAH,
lepas ni dah xhandle lagi kol2 ni..
dah hantar notis 2 minggu berhenti kerja..
ada peluang kerjaya lagi yang bakal aku tempuhi.
lagi besar cabarannya dan banyak halangan yang perlu ditempuhi..

hanya mampu berharap dengan Allah
semoga diberikan sedikit kekuatan dan sekelumit kesabaran.
ameen...

Sunday, November 1, 2015

:: Hasnie's Studio to be ::


SPECIAL DESIGN AND EDIT
From
HASNIE JIBA DESIGNER

**********



NUR NAZLIA TAUFIQAH BINTI AZMY
PRODUK RAUDAH

************



NURARFAISYAH BINTI HATTA

***********



NORFAZIRAH BINTI SYAMSUDDIN

***********




MAJLIS PERNIKAHAN AFIDA & AFIQ

*********



ERNIATI ALIAS

************

AND

SISTERS' WEDDING


 ************








*****************************

Thursday, October 29, 2015

:: Lets Begin ::

wah, dah penghujung bulan 10. beberapa lagi akan masuk bulan 11.
dan bulan hijrah pun dah menginjak ke awal muharram 1437h.
begitu cepat masa berlalu, dan tanpa sedar dah terlalu lama juga aku tidak meluahkan rasa pada cik blogger g kekal setia selama ini...

bukan tidak mahu cerita, sungguh terlalu banyak benda yang mahu dicerita. 
cuma sungguh malas juga untuk menulis.
kekadang bila rasa ada mood nak blogwalking, ada lah..haa macam sekrang ni..

cuma, yg mahu dikatakan disini, alhamdulillah
syukur yang tiada hingga kepada sang ILAHI kerana masih memberikan peluang bernafas...
alhamdulillah

for few months ago, terlalu banyak yang berlaku dalam hidup..
yalah, siapa yang tiada masalah, dan siapa yang tiada suka duka dalam hidup kan...
semua org ada. sebab itu sememangnya circle of life yg semua manusia akan hadapi...
cuma bagaimana dan dengan apa kita hadapi bergantung dengan diri masing2.
masing-masing ada cara dan perangai sendiri...

dan fikir baik dan prasangka baik, semua dah tertulis...
terutama untuk benda yang kurang baik berlaku dalam hidup,
semua itu tidak dipinta, namun cuba untuk perbaiki diri dan terus tajdidkan niat serta upgrade amal dan doa pada Allah memohon kekuatan dariNya...
kerana semua yang datang dan pergi adalah dengan izinNya...

memang, Dialah yang menemani selama ini...
saat duka, Dia belai dengan penuh kasih sayang dengan menghadirkan sahabat2 untuk saling menasihati meskipun jauh beribu batu namun begitu dekat dihati.

kini? apa yang aku buat? apa yang berlaku pada insan bernama asni? 
insyaALLAH masih berpijak dibumiNya..
sedang mengaut rezekiNya di bumi Kuala Lumpur.
mengumpul dana untuk konvo akan datang...
insyaAllah, semoga Allah permudahkan segalanya dan sentiasa menunjukkan jalan yang terbaik buat aku.

currently, im working at CTIC CORPORATION SDN BHD as Debt Recovery at DIGI;s department.
skop tugas? hanya ingatkan customer untuk buat payment yang tertunggak. pastikan mereka buat bayaran sebelum kes mereka dipulangkan semula ke DG. 
nampak senang, tapi tidak semudah yang disangka...
bukan hanya banyak benda yang perlu ditahu tentang operasi digi malah perlu bijak menjawab soalan customer dan patahkan persoalan mereka sehingga mereka boleh buat bayaran sebelum expired date.

tapi,
susah untuk meneruskan, andai diri bukan jenis yang suka memaksa insan lain...
ditambah diri yang mudah empathy dengan orang lain.
kalau rasa mampu bayar setakat tu, bayar yang tu sahaja.
okey, no paksa2....

esok, 
interview di kindergarten little caliph.
mampukah aku mendidik mereka dengan lebih baik...
mengajarkan alquran itu boleh cuma xtahu nak mulakan macam mana memandangkan slang sabah aku sangat kuat.

asalnya nak mohon di tawau sabah,
tapi fikir konvo on this dec, xkan nak balik sekarang.
aku pulak memang nak blah dari tempat kerja skrg...
tahu diri tidak sekental yang lain. tapi xsalah untuk mencuba benda lain kan...:)

insyaAllah.
semoga pilihan ini kerana Allah.

k, jumpa lain hari lagi.
time to rest.....

nite dear, sleep well...

Friday, June 12, 2015

Azab dan kasih Allah

Rahsia Pramugari Terbongkar Di Haramain | Didikan Allah Sewaktu Dalam Koma

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. 
Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.
Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah,tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.
Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.
Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.
Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.
Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang puan pergi haji ini?"
"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.
"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.
"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.
Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.
Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.
Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.
Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.
Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.
Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.
Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
 
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.
Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.
Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.
Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.
Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."
"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok?Itu sehari,kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."
"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.
Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.. . | استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه |

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
 
via fb cinta dan wahyu

Monday, January 19, 2015

:: Mungkin Rindu? ::

saat tangan mengangkat doa,
saat bibir mengucap kalimah pengharapan padamu..
saat itu juga, berjuraian air mata tanpa dipinta
ibarat empangan yang sudah pecah
tidak mampu menahan takungan air mata..

entah kenapa
sebak didada tidak tertanggung
mencuba untuk ditahan
namun air mata itu mengalir jatuh kepipi
semakin deras, semakin sesak terasa...

Allah.
mungkin sudah lama aku tidak menangis
saat bermunajat padaMu
mungkin juga hati ini merindui untuk mengadu padaMu
tuhan yang mendengar segalanya
tuhan yang melihat segalanya
tuhan yang mengetahui segala isi hati..

kerna Engkau yang mencipta
Engkau tahu apa yang diperlukan oleh hambaMu

saat diriku menangis hiba kini,
ya, aku tahu..
bukan teman yang aku perlu..
bukan pujukan manja dari sesiapa...
aku hanya mahu sendiri
menangis dan terus menangis
sehingga kering air mata ini

sesegar dirasa saat menangis
menangisi diri yang terlalu hina bila berdoa padaMu
kerdil dan semakin kerdil
berdoa dibawah lembayung rahmatMu...

Allah...
ampunkan dosa-dosaku,
dosa-dosa orang yang menganiayaiku
lembutkan hati ku untuk menjadi pemaaf
memaafkan insan yang pernah menyakitiku
memijak lumat maruah diriku...

bukan mudah untuk aku bertahan dengan semua itu
bukan senang untuk aku lupakan
saat mengingat, pasti sakit meyinggahi
pasti dendam yang ingin datang bertamu
pasti marah yang ingin menusuk
kedalam yang namanya HATI...

ya Allah
pelihara hatiku ini...

wahai tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetapkan lah hati ku dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu
ya Rabbi...

ya Ilahi
seringkanlah perasaan rinduku padaMu datang bertamu
saat aku bermunajat padaMu, iringkanlah jua air mataku
agar hatiku rasa tenang mengalirkan acid itu...
andai sekiranya dengan sedemikian,
aku akan terus merinduiMu
menanam benih cinta yang tiada kesudahan
maka,
jadikanlah aku insan yang sering mengalirkan air mata
kerana merinduiMu...
amin ya Allah...

sekalung cintaku untukMu ya Tuhanku


~ Warkah Cinta ZayyZahra~

Friday, January 16, 2015

serba serbi tidak kena

hurmmm....
keluhan yang pertama diluahkan saat membuka ruang putih ini..
hari ini terasa banyak benda yang tidak kena 
sehingga air mata pun rasa mahu rembes keluar semahu-mahunya...

tidak tahu untuk kata apa
harap coretan ini mampu menghilangkan segala kekusutan dihati...

sejak semalam, aku sibuk menyiapkan PPTA, sehingga tidur terganggu
senang dikatakan tidak tidur langsung 
pukul 9.00 pagi tadi baru boleh lelap mata, itupun tidak setenang rasa...
tidur begini membuatkan sakit kepala kembali menyerang sehingga rasa mual turut terundang
aduhai, berdenyut kuat di kepala, di jantung apatah lagi..
sungguh tidak meng"enak"kan...

hari ini
terlintas semua difikiran..
dia,dia,dan dia...juga
yang turut menyerabutkan hati, menjadi tidak tenang..
sekian lama tertanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga dia berubah arah..
bukan menjadi dirinya yang dahulu...
mudah untuk didekati, senang meluah bicara..
tapi apa yang berlaku kini,
sungguh merobek hati..tidak tahu kenapa...
berkali-kali persoalan itu aku lontarkan padanya, namun hampa..
tiada tindak balas aku terima..
tidak apalah, aku juga sudah letih untuk terus melontarkan persoalan..
kekadang seperti diri-sendiri yang "terhegeh-hegeh"

ditambah situasi yang sangat merugikan hari ini..
semangat berkobar untuk balik sabah hilang
disebabkan tiket tidak boleh sudah tunda dalam masa kurang dari 48 jam..
ia "burn"
pihak air asia langsung tiada tolak ansur..
silap aku juga sebab datang lewat...
aduh...

seperti tidak pernah merasa perasaan sebegini rupa..
segalanya penuh kekesalan...
dan annoying...

kesal diri sendiri yang tidak mampu mengatur hidup dengan baik
tidak dapat disiplinkan diri dengan teratur..
sehingga timbul kekusutan, baru tersedar
bak kata peribahasa tu "sudah terhantuk baru terngadah"
haa, begitulah situasi aku sekarang ini..

annoying timbul sebab munculnya manusia yang membuatkan aku mual..
membuatkan aku terpaksa tinggikan egoku setinggi langit...
untuk tidak mengulangi lagi sejarah hitam yang menyelimuti silamku..

tinggikan ego
dalam erti kata lain, tegas atau syadid
mampu menyelamatkan aku dari kata-kata manisnya..

aku sudah katakan,
sekali aku bencikan sesuatu perbuatan seseorang itu, 
jangan harap pada sifat lembutku lagi...sudah tidak berguna..
aku tidak layan, bermakna aku ingin pelihara diriku..
andai ia sangat menyakitkan hatiku yang berulang kali terhiris ni,
tunggulah masa yang lama untuk ia kembali pulih..
jangan harapkan masa yang begitu singkat sesudah maruahku kau pijak
sesuka hatimu..

aduhai..
emosi tahap gila sudah aku ni...
sakit kepala yang teramat sangat...rasa sudah mahu pitam
sudah, cukup cukup sudah
sampai di sini sahaja...

"May ALLAH Bless you"