Sunday, March 10, 2013

pejuang islam harus bergerak~~

bismillahirrahmanirrahim

apa khabar iman? semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan istiqomah berusaha untuk menjadikan ia sentiasa berada d tempat yang teratas


terlalu lama tidak menulis dalam blog ni. maklumlah sifat seorang manusia yang lemah, kadang-kadang malas dan kadang-kadang buka tapi tidak tahu nak tulis apa. 

kembali kepada tujuan kita berada didunia ini, tidak ada benda yang kekal melainkan Allah swt. dengan keizinannya dan kehenadaknya, Dia boleh melakukan apa sahaja. sungguh mati itu pasti dan hidup insyaAllah. 

jangan terlalu leka dengan kehidupan yang Allah berikan sekarang. jangan terlalu seronok dengan nikmat kemewahan dan kesenangan yang ada ditangan sekarang kerana jika Allah menghendaki ia hilang maka hilanglah ia. 

*************

aku diberi peluang oleh Allah untuk melihat dunia sehinggalah Allah memanjangkan usia ku sehingga 21 tahun. satu nombor yang tidak ingin dilepaskan oleh setiap remaja dan sudah tentunya aku juga, tapi masa tidak akan berhenti berjalan seperti beredarnya bumi mengelilingi matahari. never ever stop kerna mereka bergerak mengikut perintah Allah. kalau mereka berhenti, maka kiamatlah dunia...wallahu'alam


muhammad Al-Fateh pada usia remajanya seperti aku, dia sudah menjadi seorang sultan yang hebat yang memiliki ribuan tentera yang turut hebat sepertinya. mendapat darjat yang tertinggi di sisi Allah dengan keteguhan aqidahnya. memperoleh nikmat iman dan islam yang tinggi sehingga tahajjudnya tidak pernah tinggal sejak usia pertama balighnya lagi....pejuang islam yang sudah berani dan tekat mempertahankan islam bertunjangkan al-quran dan berlandaskan sunnah/hadis Rasulullah, kekasih hatinya.

muhammad al-fateh, pahlawan Allah yang bisa menaikkan semangan anak-anak islam bila mendengarkan kisahnya. begitu juga dengan diriku yang sangat lemah dan hina ini. biarpun sukar untuk menjadi insan seaqidah hebat sepertinya, tapi usaha itu insyaAllah ada biar sekelumit zarrah.

melihat di luar sana, ada ramai yang bijak pandai dalam mengeluarkan pandangan, pendapat, hujah dan cadangan malah begitu ramai yang jadi penyampai. penyampai radio, penyampai atau host melodi dari kalangan selebriti, penyampai berita dan pelbagai lagi penyampai-penyampai yang lain. sekiranya mereka Allah kehendakkan mendapat nur hidayah wa taufiqNya, pastinya islam akan dapat kembali kemenangan itu. 

sebab apa? ummah sekarang memerlukan tenaga kerja yang berani serta yakin seperti mereka untuk bercakap dihadapan. bukan bercakap kosong tapi meluahkan isi hati islam dengan jalan dakwah dengan segenap ilmu pengetahuan yang mereka miliki.

yang pasti, sudah ada yang berani kehadapan, Alhamdulillah. dan aku yakin masih ada lagi yang teragak-agak untuk bawa islam itu sehingga ke ruang langit dan bumi, tidak mengapa. bina islam dalam diri, nescaya islam itu akan tertegak dibumi. cuma jangan jadikan ingin menjadi manusia yang sempurna baru nak bergerak untuk berdakwah, sampai bila-bila pun diri tidak akan bergerak. berusahalah untuk ummah agar mereka yang diluar sana kembali kepada fitrah dan agar mereka tidak berada jauh dari landasan jalan islam dan iman.


pada hari ini, mata kasar ini melihat diluar sana terlalu ramai manusia yang telah pun berada di luar malah jauh dari landasan. jadi ia begitu sukar untuk membawa mereka kembali kedalam landasan dan biarkan mereka terus berada dimana mereka berada sekarang. tapi mata hati melihat pada satu perspektif yang berbeza yang mana manusia yang terkeluar dari landasan itu bukan sukar untuk dibawa masuk malah merekalah yang sepatutnya diberi perhatian supaya diakhirat kelak, anggota badan ini mampu menjawab setiap pertanyaan Allah...

jadi, jangan banyak beralasan sekiranya diajak untuk pergi keluar berdakwah kerna tuntutan berdakwah itu adalah wajib bagi semua muslim.

bergeraklah untuk Allah dan RasulNya, kelak kemenangan itu menjadi milik kita semua~~

  
~salam kasih dan cinta buat saudaraku semua~