Saturday, November 3, 2012

Aqidah Islam ::: keimanan kepada Allah


بسم الله الر حمن الر حيم

Assalamualaikum wtb

salam kasih dan sayang dari saya buat sahabat seaqidah

semoga iman kita sentiasa berada di aras yang sangat tinggi

meskipun ia sukar untuk d gapai

tapi,

yakinlah akan balasan Allah andai niat itu diiringi dengan usaha yang istiqomah..

menyebut tentang aqidah, ia sangat berkait rapat dengan iman

kerna aqidah itu merupakan simpulan hati yang hanya tunduk dan patuh akan 

keimanan kepada Allah SWT...

Keimanan ini bukan hanya percaya akanNya tapi meletakkan keyakinan 100%

kepadaNya....

segala apa yang dilakukan samada urusan duniawi atau ukhrawi, 

semuanya terletak atas dasar kepercayaan dan keyakinan sepenunhnya padaNya

tuhan segala terjadinya sesuatu...

menghuraikan tentang keimanan, ia terkandung dalam rukun iman itu sendiri

bagaimana??


keimanan kepada Allah

wajiblah sebagai umat islam mengimani 3 tauhid aqidah iaitu

uluhiyyah

yang mana hati teguh mengatakan Allah itu satu

Tuhan yang menjadikan sekalian alam serta makhluk

hati teguh untuk mengabdi hanya kepadaNya...

rujuk la dalam kitabAllah sendiri dalam surah adz- zariyyat ayat 56

"tidak AKU (Allah) menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada KU"

itulah asas kejadian manusia

lihatlah surah al-ikhlas, tadabbur dengan lebih mendalam tafsirannya

satu2 nya surah yang mengesakan Allah

surah ini juga adalah intipati aqidah islam..

1. katakanlah Allah itu satu

2. Allah tempat meminta pertolongan

3. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan

4. dan tiada yang sekutu denganNya

ALLAHU ROBBI

rubbubiyah

konsep ketuhanan yang keyakinan bahwa Allah pencipta langit dan bumi

Allah yang mentadbir sekalian alam dan makhluk yang ada

tidak akan terjadi kehidupan ini tanpa keizinanNya

tidak akan mengalir darah dalam diri  manusia dan haiwan tanpa dengan izinNya

tidak akan terjadi segala apa yang berpasangan, 

perempuan dengan lelaki

siang dan malam

jikalau bukan dengan kehendakNya

dan yang pastinya , Allah tidak menjadikan ia sia-sia

Al-mukminun:115-116

"maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu 

untuk bermain-main sahaja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami, 

maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan 

(yang mempunyai) arasy yang mulia"

Asma wa sifat

asma, nama-nama Allah yang sempurna lagi indah..mencakupi seluruh hidup seorang insan

contohnya:

ar-rahman, Allah kasih kepada semua makhluk yang ada di bumi

tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

semua rezeki Allah bagi asal mereka berusaha mencarinya

ar-rahim, sayangnya Allah kepada hambaNya yang muslim lagi mukmin

sehinggah Dia menyediakan bagi mereka syurga sebagai balasan

akan amal yang mereka perbuat didunia dengan keikhlasan yang tawadduk

itulah Allah dengan namaNya yang indah

sifat, 20 sifat-sifat wajib bagi Allah

Allah itu wujud

Allah itu kekal

dan sifat2 lain yang wajib diimani


bersambung....